Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah...

Sambutan Maal Hijrah ini dapat memberikan peringatan buat kita semua betapa umat Islam masih lagi terpinggir. Sesiapa yang tidak mahu kepada Islam pastinya kegemilangan bangsa itu akan terkubur dengan sendiri. Allah telahpun memberi peluang kepada kaum Monggol , bangsa Turki , bangsa Arab , dan apabila Islam tidak dijaga maka dengan sendirinya bangsa itu akan terpinggir , tiada lagi nampak kekuatan dan ketakutan kegentaran pihak musuh. Inilah padahnya meninggalkan Islam sebagai suatu cara hidup.
Peristiwa Maal Hijrah pastinya kita akan terpahat ke Khir Toyo yang begitu bijak dan pandai dalam soal pemilikan rumah. Itulah Khir Toyo walaupun berpendidikan bidang pergigian namun kehebatannya membuatkan agen hartanah terpukau lantas harga asal pemilik berharga 6.5 juta boleh dijual dengan harga 3.5 juta. Kerajaan Malaysia boleh melantik Khir Toyo dalam urusan pembelian syarikat besar seperti IKEA ataupun Microsoft dengan separuh harga seperti mana yang dilakukan oleh Khir Toyo. Pastinya nama beliau akan dikenang sebagaimana kejayaan Malaysia yang begitu hebat di arena persada antarabangsa. Kerajaan Malaysia wajar memberikan peluang kepada Khir Toyo semetelah beliau bukan lagi Ketua Pembangkang Selangor dengan melantik sebagai agen hartanah agar kita mendapat untung yang lebih dengan pemilikan syarikat-syarikat antarabangsa. Ayuh Khir Toyo...teruskanlah perjauanganmu...Syabas One Malaysia.....
There was an error in this gadget