Saturday, January 29, 2011

Pengundi Di Tenang Wajar Beri Kejutan Kepada Be End...

Melihat di atas kertas kelihatan Be End akan muncul pemenangnya , dengan jentera wangnya dan jentera ugutannya kelihatan seolah-olah begitu. Namun apabila menilai calon dan isu yang dibawa Pakatan jauh lebih berhak memenangi pilihanraya Tenang ini. Tenang akan dikenang sebagai kejutan untuk pihak pemerintah yang rakus menerobos hak-hak rakyat secara terhormat.
Isu lelongan tanah oleh calon Be End menunjukkan kredibiliti dan kecuaian Be End memilih calon , punya payah memilih calon akhirnya jatuh jua ke tangan calon bermasalah. Inilah Be End ...cuai meneliti calon...bolehkah hak rakyat dan aduan rakyat diambil perhatian oleh insan yang begini?
Fikirkanlah wahai pengundi yang mulia.
Kemenangan Cikgu Mala pun memang tidaklah menjanjikan seribu pembangunan , sekurang-kurangnya pengundi Tenang akan dikenang punya integriti dan menolah calon bermasalah. Apa yang paling penting Be End mahupun Pakatan mesti ikhlas dalam perjuangkan tuntutan rakyat dan kehendak semua , mestilah menilai calon berkredibiliti dan baik. Barulah segala masalah boleh sampai kepada pemerintah.
Cikgu Mala apabila bergelar ADUN yang tunggalnya memang pasti akan menjadi tumpuan , jadi rakyat tak perlulah gusar. Tuturkatanya dan hujahnya menggoyangkan lutut Yang Berhormat nanti.Cuma mahu tak mahu kerajaan nak bantu rakyat di Tenang. Janganlah rakyat di Tenang menutup mata hati kalian.Ingatlah segala perbuatan dan sokongan kita kepada yang mungkar akan menjadi saksi untuk menghadap RabbulJalil.Jangan ingat waktu itu ada yang menolong kita , masing-masing berbekal amalan sendiri-sendiri. Takkanlah Cikgu Mala tak salam dengan bukan muhrim pun boleh menjadi alasan untuk beliau kalah nanti. Wajarlah tuan-tuan, puan-puan dan sekelian rakyat memilih Cikgu Mala yang lebih bersopan , integriti dan bersih...

UNDILAH PAKATAN RAKYAT.....

Friday, January 21, 2011

Selamat Kembali...Tenang , PAS Underdog? Merlimau Kosong Pulak....

Salam sahabat , memohon ampun maaf terhadap sahabat semua disebabkan kesibukan dan masalah komputer yang mengganggu maka baru hari ini muncul kembali. Tenang ...nampaknya PAS bagaikan underdog namun jangan terkejut UMNO mungkin juga boleh tersungkur. Amarah rakyat terhadap kenaikan harga minyak dan juga barang akan menjadi senjata penting buat Pakatan untuk menghadapai UMNO. Kerajaan seakan lupa dan khayal dengan kemenangan yang lalu terus membuli rakyat menaikkan harga minyak yang menjadi penentu ukur kenaikan barangan lain.
Rakyat juga harus bijak berpolitik pada hari ini jika mahukan segala manfaat dan kemudahan sampai kepada rakyat seluruhnya.ADUN Merlimau diberitakan pulak meninggal dunia , maka perlulah pilihanraya kecil Merlimau diadakan. Kita lihatlah samada sokongan rakyat berubah ataupun masih sebegitu dahulu tambahan kehadiran parti baru , KITA yang kelihatan tidak begitu menarik perhatian rakyat....
There was an error in this gadget