Friday, January 21, 2011

Selamat Kembali...Tenang , PAS Underdog? Merlimau Kosong Pulak....

Salam sahabat , memohon ampun maaf terhadap sahabat semua disebabkan kesibukan dan masalah komputer yang mengganggu maka baru hari ini muncul kembali. Tenang ...nampaknya PAS bagaikan underdog namun jangan terkejut UMNO mungkin juga boleh tersungkur. Amarah rakyat terhadap kenaikan harga minyak dan juga barang akan menjadi senjata penting buat Pakatan untuk menghadapai UMNO. Kerajaan seakan lupa dan khayal dengan kemenangan yang lalu terus membuli rakyat menaikkan harga minyak yang menjadi penentu ukur kenaikan barangan lain.
Rakyat juga harus bijak berpolitik pada hari ini jika mahukan segala manfaat dan kemudahan sampai kepada rakyat seluruhnya.ADUN Merlimau diberitakan pulak meninggal dunia , maka perlulah pilihanraya kecil Merlimau diadakan. Kita lihatlah samada sokongan rakyat berubah ataupun masih sebegitu dahulu tambahan kehadiran parti baru , KITA yang kelihatan tidak begitu menarik perhatian rakyat....

No comments:

There was an error in this gadget