Thursday, March 31, 2011

Fatwa Senaman Poco-poco Haram...Jangan Fatwa Bermusim Pilihanraya?








Senaman poco-poco disepakati haram oleh Majlis Fatwa Perak baru-baru ini. Harapan kita agar fatwa-fatwa yang dikeluarkan bukanlah bermotifkan politik , maksudnya dikeluarkan ketika mahu diadakan pilihanraya. Apabila berlaku sesuatu kes maka bersegeralah majlis fatwa membuat tindakan dan hendaklah fatwa dikeluarkan , janganlah sehingga ianya sudah membarah baru dikeluarkan, itupun ketika musim pilihanraya.
Bukankah itu yakni mengeluarkan fatwa ketika hampir pilihanraya akan memanipulasikan imej kononnya kerajaan bergerak ke arah Islam? Kelaurlah fatwa seikhlasnya , memang keikhlasan itu hanya Allah yang tahu , tetapi hendaklah ianya senada dan seiring dengan semua perkara...

Corak Kerja Kerajaan UMNO memang Bias..Selamanya...?

Selagi kerajaan yang memerintah itu UMNO maka janganlah harap keadilan akan terserlah. Ada kalanya keadilan nampak seakan-akan terserlah kerana kekuatan organisasi yang menuntut..contohnya kes peneroka lawan Felda di Pahang.
Banyak kes seperti kes pembunuhan berprofil tinggi seperti kes Norita..pembunuhnya sekarang happy giler...mungkin akan mencari mangsa seterusnya.
Kiata boleh lihat fenomena ini adalah lumrah bagi rakyat yang sudah terkena..mungkin akan sampainya masa kita pula yang terkena...mudah-mudahan dilindungi Allah..
Kes pengedaran bahan lucah untuk tontonan oleh 3 sahabat baik ini merupakan suatu kes istimewa dan dilindungi pihak pemerintah. Anda bayangkan perkara begini pula..Anwar dan dua sahabtnya pula menyimpan tape lucah adegan pimpinan tertinggi...bagaimana pula layanan yang bakal diterima nanti...
pasti Anwar dikenakan dibawah bermacam-macam akta walaupun akta itu tidak wujud....
Rakyat Malaysia tiada pilihan. Pakatan rakyat yang digemburkan rasuah namun apa rasuahnya? Pakatan rakyat belum memerintah negara ,bagaimana mahu menurunkan harga minyak?
Pakatan belum memerintah bagaimana nak menunjukkan sistem yang adil buat rakyat?
Namun tidak dibafikan kerajaan UMNO sekarang kelihatan mengambil berat sedikit masalah rakyat , takut nanti melepas wang-wang besar daripada tangan mereka.
Rakyat biasa , tiada kepentingan terhadap syarikat GLC , syarikat-syarikat besar yang dimiliki kerajaan , rakyat hanya mahukan keselesaan hidup , harga berpatutan seiring hasil negara yang besar wajar dikongsi bersama.
Rakyat tahu bahawa kerajaan yang baik akan menghasilkan wang pendapatan yang baik , tinggi , mengurangkan pembaziran yang tidak kena , pentadbiran yang telus.
Wajarlah Pakatan Rakyat diberi peluang untuk menunjukkan hasil kertja mereka yang lebih baik. Bagaimana nak tahu jika kita tidak memilih mereka?
Janganlah kita merungut-rungut jenayah tinggi , kerja tiada , wang sudah kecil , biasiswa sudah tiada , minyak mahal, barang keperluan mahal. Salahkan diri sendirilah?.....

Friday, March 25, 2011

Fitnah 3...Seks Dengan Pelacur...? Mana Ulamak Wang?

Ulamak Ameno ni habis diam terkucil melihat adegan demi adegan yang dipaparkan oleh rakan setiduran mereka. Mereka yakni ulamak pulus akan berkata ini semua permainan Anwar , begitulah watak-watak mereka kerana ingin mengekalkan wang dan habuan dunia mereka.
Diam membisu perlakuan fitnah yang besar ke atas Anwar Ibrahim...?Mana ulamak-ulamak pulus itu diam...jawatan...tanah...bonus....kemewahan....pangkat....jawatan...kabel...jawaplah nanti di akhirat apa yang kamu diamkan.
Aku bersumpah tidak redho semua ini berlaku , fitnah yang ada hendaklah dihentikan...penyebar fitnah hendaklah diambil tindakan tak kira Tan Sri ke...Dato Seri...Puan Seri...semuanya tidak berguna lagi...Allah hendakkan yang bertakwa sahaja...

SEMUA PERKARA INI HANYALAH UNTUK MELEKAKAN RAKYAT MEMBERI TUMPUAN KEJATUHAN SARAWAK KE TANGAN PAKATAN RAKYAT...

Thursday, March 24, 2011

Video Seks...Dalangnya Trio...Kerabat Ameno...

Fitnah basi gaya Yahudi ini ditayang oelh 3 ekor mamat ni...kalau Najis dan Polis rasa betul-betul buat kerja... tangkap dan sumbat depa ni atas tuduhan mencetak video lucah...menyalahi undang Akta komunikasi...membenarkan penayangan video lucah di mata umum..tangkap saja le beb...ini pusing-pusing plak....ingat rakyat bodoh gaban ke....kami ni semuanya dah belajaq komputer tau macam mana nak edit ....nak taruk muka sapa pun boleh beb....
setakat nak beli topeng Anwar tu sume orang boleh buat...apalah puak Ameno ni ...3 ekor mamat dah terbuang ni nak caya....alamat korang pun tumpor sekali....
Yang nak tumpang semangkok tu bukan kita tak tau...semua tu ada habuan nanti....boleh present kat Najis...aku pun terror jugak nak pekena Anwar....eloklah kome semuani buat fitnah....
Kalau Allah izinkan baru kome tahu....
Ni Hishamuddin KDN kata bukan polis dalang...jadi apa tunggu beb ....kasing kurung itu 3 ekor mamat buat taik kat Ameno...buat malu Ameno je ada ahli bangang wal bodo tu...nak habihkan duit buat Suruhanjaya....

BUKAN RAKYAT TAK TAU...KITA PUN BELAJAQ SAINS POLITIK...INI ORANG CAKAP KIRA MENGALIHKAN PERHATIAN DAN TUMPUAN DARIPADA PILIHANRAYA SARAWAK NI...
SARAWAK KAN PUNYAI PEMIMPIN SAMA CARA DAN RUPA SERTA GAYA HIDUP HOSNI MUBARK...

BE END NI TAKUT KALAH TU...DUIT PROPAGANDA DAH BANYAK TABUR...TAPI HASILNYA CIPUT...

BAGUIH JUGAK ADA INTERNET NI ...KALAU TIDAK KES MACAM NI KIRA BE END BOLEH KELENTONG RAKYAT. CUME BILA ADA INTERNET DEPA PUN SUSAH NAK KELENTONG BEB....

Tuesday, March 22, 2011

Video Seks Terbaru...Politik Bodoh Dan Bebal...

Melihat kepada kenyataan Zul Kulim melihatkan begitu yakin beliau tentang Anwar sebagai pelakunya...MasyaAllah...sampai begitu sekali tuduhan yang dilemparkan.
Polis Malaysia pula kelihatan bebal dan dungu boleh membiarkan cerita porno dihidangkan di dalam Hotel Carcosa di ibu negara...memang memualkan. Tatkala rakyat berdemao dan menentang perlakuan Yahudi dan menuntut hak disembur dengan percikan air asia tetapi apabila Datuk T boleh pula diberikan lampu hijau menayang cerita porno di hotel mewah. Memang KDN dan polis kelihatan dungu dan bebal seperti orang bodoh yang tidak tahu berbuat apa-apa. Polis akan berkata tiada laporan polis , maka tiadalah tindakan....seperti inilah yang berlaku di Indonesia ...askar membiarkan umat Islam disembelih oleh pemberontak Kristian di Maluku dan Ambon...sungguh tragis.
KDN dan Polis sepatutnya menghalang semua perbuatan itu , kelihatannya semua mereka ini beragama Islam tetapi mereka semuanya sudah menjadi lebih daripada Yahudi. Benarlah ayat Allah Yahudi dan Nasrani itu akan membawa umat Islam ke lembah kehinaan sejengkal demi sejengkal akhirnya habis semuanya.
Biarlah mereka membuat cerita fitnah ini moga-moga Allah memberi suatu pengajaran kepada umatnya di Malaysia ini. Janganlah kita terkejut andai berlaku apa-apa kejadian malapetaka ataupun bencana yang akan Allah turunkan tatkala fitnah berleluasa kelak...

Tuesday, March 1, 2011

Melayu Tiada Pilihan?

Melayu , bangsa yang lemah lembut sering beralah , bertolak ansur ditindas dahulunya oleh penjajah sehingga kini diganti oleh penindas bangsa Melayu sendiri yang berfahaman kapitalis . Sering terjadi kes perampasan tanah dan rumah namun tiada siapa peduli. Wakil rakyat ada yang mendengar keluhan , setakat mendengar dan ada jua yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat. Sistem demokrasi di Malaysia yang mengikut sistem parti sebenarnya memberi kesan buruk kepada rakyat sendiri. Rakyat hanya disogokkan dengan BN ataupun Pakatan yang baru sahaja bersama , pengantin baru. BN , walaupun sudah memerintah sekian lama namun namun masih lagi terkial-kial mencari idea untuk meningkatkan pendapatan rakyat. Keseluruhannya masih belum berhasil namun tidak dapat dinafikan ada perubahan yang berlaku untuk rakyat. Kerajaan yang ditunjangi BN perlu benar-benar membuat polisi yang menghasilkan keputusan yang akan meningkatkan ketelusan , keadilan untuk semua tanpa meminggirkan bangsa Melayu. Sering bangsa Melayu yang berlainan parti dianaktirikan dalam sesuatu hal akibat perbezaan parti yang akhirnya merugikan Melayu Islam itu sendiri. Akibatnya perpecahan dan dendam kesumat menghasilkan jurang besar antara umat Islam sendiri. Bagaimana perpecahan ini boleh berlaku?
UMNO selaku pemerintah gagal menaikkan martabat Islam di kacamata orang Islam Melayu sendiri. Majoriti wakil rakyat BN terutamanya UMNO apabila sudah mendapat gelaran Yang Berhormat menjadi lupa perjuangan di atas dunia Melayu yang kecil ini. tatkala mereka hampir pupus dan dimamah usia , melatahlah mereka kononnya PAS akan diperbudakkan oleh DAP. Memang kelihatannya DAP masih lagi sebuah parti perkauman Cina yang lebih Cinanya , MCA pula memang parti Cina namun selesa dibawah BN kerana banyak habuan dan manfaat yang mereka perolehi dibawah payung BN. Orang Cina apabila berdepan isu mengenai orang Cina akan bersatu walaupun terdapat cela dan dan kelemahan. Namun , Melayu , apabila ada isu Melayu , mereka menjadi lupa perjuangan Melayu mereka. Apabila isu bahasa Melayu diperjuangkan , kita dengan mudah mengikut telunjuk pemimpin atas dasar ketaatan membabi buta. Politik dibawah parti UMNO , PAS ataupun PKR apabila berdepan situasi menyanggah pendapat pimpinan atasan , maka tatkala itu mereka menjadi penderhaka buat parti itu sepantas kilat. Ketika Anwar menyanggah bosnya Mahathir mengenai ekonomi , maka secepat itulah kes liwat yang cacamarba jalan ceritanya boleh berlaku.
Manakala ketika Mujahid Yusof Rawa membawa idea yang lebih terbuka sepantas itu dicanang pelbagai gelaran buatnya walaupun mengetahui beliau punya karisma dan ilmu Islam yang lebih baik. Melayu sering keliru dan pening akibat pertembunagan dua parti gergasi kedua-dua pihak samada PAS mahupun UMNO. Seringkali sama sendiri menyalahkan satu sama lain. Akibatnya Melayu mundur dan terkebelakang. Melayu Islam kebanyakannya menjadi juara pengilang anak luar nikah , mat rempit , penagih dadah , pembawa ajaran sesat dan sebagainya. Itul;ah Melayu Islam di bumi Melayu. Melayu perlu bersatu atas nama Islam , menjadikan Islam pegangan yang kuat takkira PAS , UMNO mahupun PKR. Demokrasi yang berpaksikan kepartian ini akhirnya membawa kepada perpecahan sesama umat Islam Melayu , yang akhirnya negara ini jatuh ke atas tangan-tangan manusia yang akan menindas Islam itu sendiri seperti mana terjadi di Ambon , Maluku , walaupun negara umat Islam , dipimpin oleh orang Islam , orang Islam di sana disembelih , dibunuh sesuka hati. Tatkala ada masa ini andai Islam yang memerintah InsyaAllah amanlah dunia , apabila manusia yang memerintah tidak melihat agama maka tunnggulah saat kehancurannya nanti.

National Geographic POD