Tuesday, March 1, 2011

Melayu Tiada Pilihan?

Melayu , bangsa yang lemah lembut sering beralah , bertolak ansur ditindas dahulunya oleh penjajah sehingga kini diganti oleh penindas bangsa Melayu sendiri yang berfahaman kapitalis . Sering terjadi kes perampasan tanah dan rumah namun tiada siapa peduli. Wakil rakyat ada yang mendengar keluhan , setakat mendengar dan ada jua yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat. Sistem demokrasi di Malaysia yang mengikut sistem parti sebenarnya memberi kesan buruk kepada rakyat sendiri. Rakyat hanya disogokkan dengan BN ataupun Pakatan yang baru sahaja bersama , pengantin baru. BN , walaupun sudah memerintah sekian lama namun namun masih lagi terkial-kial mencari idea untuk meningkatkan pendapatan rakyat. Keseluruhannya masih belum berhasil namun tidak dapat dinafikan ada perubahan yang berlaku untuk rakyat. Kerajaan yang ditunjangi BN perlu benar-benar membuat polisi yang menghasilkan keputusan yang akan meningkatkan ketelusan , keadilan untuk semua tanpa meminggirkan bangsa Melayu. Sering bangsa Melayu yang berlainan parti dianaktirikan dalam sesuatu hal akibat perbezaan parti yang akhirnya merugikan Melayu Islam itu sendiri. Akibatnya perpecahan dan dendam kesumat menghasilkan jurang besar antara umat Islam sendiri. Bagaimana perpecahan ini boleh berlaku?
UMNO selaku pemerintah gagal menaikkan martabat Islam di kacamata orang Islam Melayu sendiri. Majoriti wakil rakyat BN terutamanya UMNO apabila sudah mendapat gelaran Yang Berhormat menjadi lupa perjuangan di atas dunia Melayu yang kecil ini. tatkala mereka hampir pupus dan dimamah usia , melatahlah mereka kononnya PAS akan diperbudakkan oleh DAP. Memang kelihatannya DAP masih lagi sebuah parti perkauman Cina yang lebih Cinanya , MCA pula memang parti Cina namun selesa dibawah BN kerana banyak habuan dan manfaat yang mereka perolehi dibawah payung BN. Orang Cina apabila berdepan isu mengenai orang Cina akan bersatu walaupun terdapat cela dan dan kelemahan. Namun , Melayu , apabila ada isu Melayu , mereka menjadi lupa perjuangan Melayu mereka. Apabila isu bahasa Melayu diperjuangkan , kita dengan mudah mengikut telunjuk pemimpin atas dasar ketaatan membabi buta. Politik dibawah parti UMNO , PAS ataupun PKR apabila berdepan situasi menyanggah pendapat pimpinan atasan , maka tatkala itu mereka menjadi penderhaka buat parti itu sepantas kilat. Ketika Anwar menyanggah bosnya Mahathir mengenai ekonomi , maka secepat itulah kes liwat yang cacamarba jalan ceritanya boleh berlaku.
Manakala ketika Mujahid Yusof Rawa membawa idea yang lebih terbuka sepantas itu dicanang pelbagai gelaran buatnya walaupun mengetahui beliau punya karisma dan ilmu Islam yang lebih baik. Melayu sering keliru dan pening akibat pertembunagan dua parti gergasi kedua-dua pihak samada PAS mahupun UMNO. Seringkali sama sendiri menyalahkan satu sama lain. Akibatnya Melayu mundur dan terkebelakang. Melayu Islam kebanyakannya menjadi juara pengilang anak luar nikah , mat rempit , penagih dadah , pembawa ajaran sesat dan sebagainya. Itul;ah Melayu Islam di bumi Melayu. Melayu perlu bersatu atas nama Islam , menjadikan Islam pegangan yang kuat takkira PAS , UMNO mahupun PKR. Demokrasi yang berpaksikan kepartian ini akhirnya membawa kepada perpecahan sesama umat Islam Melayu , yang akhirnya negara ini jatuh ke atas tangan-tangan manusia yang akan menindas Islam itu sendiri seperti mana terjadi di Ambon , Maluku , walaupun negara umat Islam , dipimpin oleh orang Islam , orang Islam di sana disembelih , dibunuh sesuka hati. Tatkala ada masa ini andai Islam yang memerintah InsyaAllah amanlah dunia , apabila manusia yang memerintah tidak melihat agama maka tunnggulah saat kehancurannya nanti.

1 comment:

auction said...

perkongsian yg cukup menarik...thanks for sharing....

There was an error in this gadget