Tuesday, March 22, 2011

Video Seks Terbaru...Politik Bodoh Dan Bebal...

Melihat kepada kenyataan Zul Kulim melihatkan begitu yakin beliau tentang Anwar sebagai pelakunya...MasyaAllah...sampai begitu sekali tuduhan yang dilemparkan.
Polis Malaysia pula kelihatan bebal dan dungu boleh membiarkan cerita porno dihidangkan di dalam Hotel Carcosa di ibu negara...memang memualkan. Tatkala rakyat berdemao dan menentang perlakuan Yahudi dan menuntut hak disembur dengan percikan air asia tetapi apabila Datuk T boleh pula diberikan lampu hijau menayang cerita porno di hotel mewah. Memang KDN dan polis kelihatan dungu dan bebal seperti orang bodoh yang tidak tahu berbuat apa-apa. Polis akan berkata tiada laporan polis , maka tiadalah tindakan....seperti inilah yang berlaku di Indonesia ...askar membiarkan umat Islam disembelih oleh pemberontak Kristian di Maluku dan Ambon...sungguh tragis.
KDN dan Polis sepatutnya menghalang semua perbuatan itu , kelihatannya semua mereka ini beragama Islam tetapi mereka semuanya sudah menjadi lebih daripada Yahudi. Benarlah ayat Allah Yahudi dan Nasrani itu akan membawa umat Islam ke lembah kehinaan sejengkal demi sejengkal akhirnya habis semuanya.
Biarlah mereka membuat cerita fitnah ini moga-moga Allah memberi suatu pengajaran kepada umatnya di Malaysia ini. Janganlah kita terkejut andai berlaku apa-apa kejadian malapetaka ataupun bencana yang akan Allah turunkan tatkala fitnah berleluasa kelak...

No comments:

There was an error in this gadget