Tuesday, April 5, 2011

Isu Video Seks Bantutkan Gempur Sarawak...

Isu ini walaupun fitnah namun seperti biasa polis tidak melakukan apa-apa sekadar memberi pelbagai kekeliruan sahaja. Tiada kata putus...biasalah makan gaji ...kan...
Itulah alasan paling baik buat mereka...namun sebenarnya mereka mampu melakukan perubahan demi perubahan tetapi disebabkan hal-hal dunia ini maka fahamlah antum semua...
Trio Dato T tidak dikenakan apa-apa tindakan, suatu perkara yang telah kita ketahui dan isu ini akan lenyap begitu sahaja , ianya wujud semata-mata untuk mengalihkan perhatian dan penumpuan seluruh pihak terhadap masalah penyelewengan Taib Mahmud di dalam negeri Sarawak.
Umum mengetahui , kuburnya Sarawak adalah suatu malapetaka buat Be End , kekalahan menandakan akan karamlah seluruh Be End. Kemenangan di Sarawak hanyalah memberi nyawa-nyawa ikan kepada Be End selain akan merencana projek fitnah yang dirasakan boleh memberi gangguan kepada rakyat seluruhnya.
Itulah kotornya politik di Malaysia ini , ketika mahu kalah kita yakni Be End menggunakan segala macam taktik dan teknik Yahudi laknatullah...
Inilah ketika akhir zaman fitnah berleluasa , kiranya muslim kita di pagi hari , petang nanti kafirlah pula. Oleh itu buat rakyat seluruhnya kaji , teliti, dengar penjelasan semua pihak barulah merumuskan sesuatu isu , namun dengarlah pandangan ulamak yang menjadi pemyuluh hidup...

No comments:

There was an error in this gadget