Tuesday, July 26, 2011

Biometrik...Pakatan Jangan Bodoh...

Sistem biometrik yang nak diguna pasti akan menimbulkan beberapa masalah..dan pengundi hantu tetap boleh mengundi dan pengundian berulang kali boleh berlaku. Biometrik juga meningkatkan kos yang merugikan wang rakyat. Penggunaan dakwat celup lebih murah dan telus...tiada seorangpun yang boleh mengundi dua kali...
Rakyat bersedia untuk perhimpunan kotor ke 3 jika penggunaan dakwat kekal untuk pilihanraya tidak ditunaikan.
Biometrik hanya mengkayakan kroni dan membazir...AWAS....AWAS...AWAS..
RAKYAT AKAN TURUN UNTUK PERHIMPUNAN KOTOR 3 JIKA ENGGUNAAN DAKWAT KEKAL DI TOLAK...
INI ANTARA SPR DAN RAKYAT...

Friday, July 22, 2011

Bourdon Sudah Sampai...DiTahan...Makan Nasi Minyak Ke?

Bourdon , penguam Perancis yang akan membentangkan hujah mengenai Scorpene , kapal selam yang dibeli oleh kerajaan telah ditahan ketika di KLIA menurut suatu sumber. Tidak diketahui kemana beliau akan pergi? Makan nasi minyak di Pulapoi ataupun Jinjai..tidaklah dapat dipastikan..
Penahanan ini ada kemungkinan berkaitan pendedahan yang akan beliau ceritakan mengenai pembelian Scorpene yang menjadi misteri buat sekian lama. Scorpene kini menjadi ingauan buruk buat pemerintah nasional. Skandal besar yang melibatkan bilion ringgit tidaklah sepopular kes Teoh Beng Hock yang disyaki rasuah kontrek membuat bendera sekitar 2 ribu ringgit...Kes Teoh Beng Hock menjadi liputan hebat media haprak..tetapi Scorpene dibeku sejukkan ke dalam peti sejuk...
Scorpene , walaupun skandalnya mencecah bilion ringgit namun kebijaksanaan pemerintah nasional menjadikan isu ini tertutup.Bicara terbuka menyebabkan anda akan dikenakan makan nasi free di penjara Pudui.

Cetusan Sinar Harian...Datuk Mashitah...

Hari ini beliau nyatakan 8 hujah kononnya..Bersih 2 adalah suatu revolusi yang tidak menjadi.Katanya pembangkang mengguna cara tidak demokratik untuk demokrasi..Bukankah penganjur Bersih telah mendapat perkenan Agong untuk ke stadium...jadi mengapa PM batalkan cadangan baik itu? PM lebih berkuasa dari Agong? Bersih sudah bertolak ansur untuk ke stadium tetapi permit ditolak dengan pelbagai alasan bodoh...
Katanya wakil rakyat Pakatan gagal di parlimen...kah...kah...kah..siapa yang gagal? siapa yang penakut berhujah? Dia ingat rakyat bodoh....Sudahlah Datuk...
Ketiga , beliau kata melanggar undang-undang dan peraturan polis...Perhimpunan ini aman dan bersih ,tiada yang melanggar undang-undang , kita boleh lihat bayak perhimpunan oleh UMNO , lanmgsung tiada permit tiada apa-apa tindakan...maka itu kenyataan budak-budak...double standard...
Keempat , beliau kata Bersih suka yang haram...Ini adalah hujah bodoh...sesiapa pun taknak haram...Tanyalah perompak sekalipun , kita tanya haram ka yang hangpa dapat tu...sure depa marah...Sesiapa pun yang yang baik...cuma kerajaan berdolak dalih...PM kata boleh...Hishamuddin kata tak boleh...
Bersih 2 adalah slogan kearah pem,bersihan SPR ,ia bukan pertubuhan...cuma slogan dan kempen yang disokong oleh 62 pertubuhan NGO yang telah lama berdaftar...
Kelima , kata beliau kerajaan perlu dengar yang majoriti...bukan minoriti...Kalau hang cakap macam tu awat hari tu takut sangat bagi permit kat stadium....sebenarnya PM takut ramai yang pergi , dan ini memalukan beliau...itu huajh dangkal dan pembodek untuk jadi menteri...
Keenam , kata beliau menyamakan peserta demo bersih seperti penjenayah , ianya amat dikesali...rata-rat yang pergi hanya berniat untuk membersihkan SPR yang penuh muslihat....
Ketujuh , kononnya bersih ditaja oleh pihak asing..ia adalah tuduhan tanpa bukti...jika ada bukti dah lame kena dah...
Kelapan , beliau suruh demo mingguan ...masalahnya kita berdemo mengikut peraturan dan isu...jika ada isu dan ianya benar maka barulah ianya dituntut..bukan boleh main buat sahaja.
Sebenarnya kerajaan persekutuan cemburu , bagaimana sesuatu perkara atau isu yang ditimbulkan oleh Pakatan , rakyat selalu menyokong...walhal sesen pun tidak dibayar untuk apa-apa tujuan pun...kesian....kesian...kesian....

Thursday, July 14, 2011

Hanya Kerana Kuasa....Fitnah Berleluasa?

Siapa benar...siapa salah...? Siapa bohong? Siapa tipu..? Siapa penderhaka? Siapa pemusnah negara? Soal siapa berani...mati? Siapa benar siapa salah...?
Najib berjanji ......PERGI DENGAN AMAN...BALIK...DENGAN AMAN...PULANG DENGAN AMAN....
TETAPI.....rakyat disajikan penangkapan tanpa soal...penangkapan tanpa ada kesalahan..rakyat tiodak boleh masuk KL....siapa boleh masuk...ayam ...itik...lembu...biawak....ataupun Mat Bangla...kaki romeo...Mat Indon...Mat Vietnam kaki gaduh....Mat Myanmar...kaki perempuan.....
Rakyat tidak minta projek jalanraya....
Rakyat bukan nak makan nasi beriani....
Rakyat bukan nak bunuh sesiapa...
Rakyat bukan nak tembak sesiapa....
Rakyat bukan nak rogol sesiapa...
Rakyat bukan nak bom KL.......
Rakyat bukan nak maki Rosmah....
Rakyat bukan nak jatuhkan Najib....

Rakyat nak 8 perkara...JALAN-JALAN DEMOKRASI...
PILIHANRAYA BERSIH...
MEDIA ADIL SAKSAMA....
HARI KEMPEN 21 HARI....
TIADA UNDI POS ....
DLL...

TAPI INILAH LAYANAN YANG KAMI TERIMA.....

DIHERDIK....
DIHINA......
DI MAKI.....
DISEMBUR GAS....
DIKASARI.....
DAN ADA YANG MENINGGAL....

ALLAH MAHA ADIL....HARI INI HARI KAMU....BELEM TENTU KAMU MATI DENGAN AMAN....
LIHAT KAMAL ATARTUK....KEMATIANNYA SANGAT TRAJIS....NGERI....TETAPI SEMUA MANUSIA LUPA....KETIKA SAAT MALAIKAT MAUT MENGHAMPIRI TIADA SIAPA PENOLONGMU....KETIKA ITU
SESAL TIADA BERGUNA.....

BERTAUBATLAH WAHAI SANG PENGUASA.....
ADA LAGI YANG MAHA KUASA.....
JANGAN INGAT HARI INI BERKUASA ....ESOK LUASA BELUM TENTULAGI....

yA ALLLAH RABBULJALIL....KAU LINGKUPLAH GOLONGAN PENINDAS....KAU LINGKUPLAH GOLONGAN PENINDAS....SIAPA SALAH...SIAPA BENAR.....
KEPADAMULAH KAMI BERSERAH......

Monday, July 11, 2011

BERSIH 2 , Rakyat Akan Berdemo Aman Selagi Ada Hayat

Arwah Baharuddin meninggalkan kita dalam keadaan pengucapan yang baik berdoa dan bertakbir memuji kebesaran Allah , malanglah bagi sesiapa yang berbuat sesuatu yang tidak baik terhadap arwah diakhir pemergiannya kerana ada desus mengatakan post morterm hospital tidak dikeluarkan walaupun anak arwah adalah seorang doktor.
Ucapan tahniah juga diucapkan buat rakyat yang sukakan kebersihan dan bencinya penipuan SPR dapat meloloskan diri melalui pelbagai sekatan. Saya beserta beberapa sahabat juga terlepas dari Ipoh namun dicekup pada pagi Sabtu ekoran masalah teknikal sahabat. Amat malang buat kami ditahan di Pulapol. Bagi kami tiada apa disesalkan kerana inilah asam garam perjuangan , semua hadir tanpa disuruh dipaksa ataupun diberi sesen pun sepertimana perhimpunan UMNO dan yang seumpamanya yang seringkali dibayar untuk menghimpunkan rakyat. Semua yang ditahan tidak ada langsung membawa baju ataupun yang berkaitan Bersih namun polis terus merampas IC kami semua , maka apabila IC sudah diambil tiada apa lagi yang boleh dilakukan. Setelah diambil IC dan dibawa dengan black maria , yang ketika itu lebih kurang 28 orang terus ke Pulapol. Pengalaman pertama menaiki black maria. Semua didalam black maria adalah orang-orang yang bersih , warak , anak muda , ade juga seorang dua orang lama. Kebanyakannya berumur sekitar 25 keatas sehingga 45. Inilah yang akan menggetarkan kerajaan kerana ramai kalangan orang muda yang akan mewarisi kepimpinan negara adalah orang-orang yang bersih.
Perhimpunan aman perlu diberi permit oleh kerajaan jika betul mereka ini mengutamakan rakyat. Yang menjadi maslah kepimpinan negara sudah mabuk kuasa dan menganggap kuasa itu milik mereka. Hak rakyat berhimpun aman dinafikan. Kerajaan dan kabinet seharusnya memberi permit kepada Bersih untuk berhimpun di stadium tanpa berdolak-dalih .
Rakyat akan terus memberi sokongan tanpa berbelah bagi kepada golongan yang menuntut hak keadilan. Ayuh bertemu lain kali....

Wednesday, July 6, 2011

Petunjuk Baru Polis Sudah Jumpa....Parang...Molotov ...Bom Petrol Dll

Penemuan parang , bom petrol kecil , t shirt , menghangatkan lagi kononnya Perhimpunan Bersih menjurus kepada huru hara....Inilah yang dinamakan taktik psikologi kepala hotak.Kalau nak buat pun janganlah pakai parang macam baru dibeli sahaja...macam dapat kontrak untuk buat kecoh je....
Kira yang nak kecoh ni terlebih bijak ataupun bangang...letak sekali T Shirt Bersih...memalukan shameless...bukan macamtu gangster nak kasi huru hara...bila kita letak t shirt bersih ...confirm yang letak tu sure musuh bersih....ini bidang psikologi tg teman rasalah...bari je belajaq ...bila kecoh-kecoh ni...sama jugak yang pi cat kuning ...semuanya perbuatan musuh bersih itu sendiri...
Ade ke gangster yang letak IC dia kat mayat yang dibunuh ataupun letak pistol atau letak pisau kat mayat...
paling busuk gangster tu sure bakar habis bukti...contoh kes Arwah Sosilawati...susah jugak nak korek cerita...sebab dibakar...banyak maklumat DNA habis...
Polis dan cawangan khas buatlah kerja kerana Allah...kita semua kan dihitung ..nanti ..jangan ingat boleh cakap...sapa suruh...bos suruh buat...aku buat...jadinya nanti bos tak da kena apa-apa sebab kebal..kita je yang rugi nanti....
Jadi siasat sedalam-dalamnya...ini kerja siapa?
Tengok muka ahli Bersih ni...dalam-dalam ...ade rupa gangster ke...ade rupa Pak Ibrahim Ali ke...? Ade rupa penagih dadah ke..? Ade rupe Shah Rukh Khan ke...?Tengok mata mereka..mereka ni kumpulan Bersih...ade rupa penjenyah mat rempit ke...? pakaina comot...ke?...tak....tak...takkk...jadi fikirlah tindakan kamu semua...gunalah otak campu iman...pandai-pandailah jawap kat bos nanti...yang penting di akhirat nanti...kita lepas daripada azab seksa kubur.....
Ayuh kita ke Stadium Merdeka....aku biasa pergi...dengan aman...tanpa gangguan...tanpa tangkapan...Bulat kepada Allah...wala kepada pimpinan....

Implikasi Polis Langgar Arahan...AGONG

Polis tidak membenarkan pelancaran majlis Bersih merupakan pencabulan perlembagaan yang boleh di bawa ke Jawatankuasa Mahkamah kerana mereka , polis engkar arahan YDP Agong yang membenarkan hak berhimpun dengan disipli dan teratur. Walaupun Baginda telah memberikan ucapan yang mengarahkan agar semuanya perlu rundingan yang baik. Kekalutan dan provokasi berlebihan media haprak dan surat khabar menyebabkan YDPA juga risau andai Bersih dicemari oleh anasir yang akan mengambil kesempatan untuk memburukkan Perhimpunan Bersih.
Kata Najib dibenarkan pergi dengan aman , balik dengan aman , namun bolehkah rakyat mempercayainya? Bolehkah rakyat memakai baju kuning Bersih tanpa ganguan pihak polis.
Mungkin polis boleh menahan aktivis Bersih yang memakai baju kuning , tetapi kesan psikologinya amat parah buat kerajaan. Perlakuan polis menahan sipemakai baju kuning Bersih hanya menambahkan kebencian rakyat meluap-luap tanpa mereka sedari , ramai rakyat lain yang tak barkaitan pasti simpati apabila melihat seorang profesional doktor seperti Lee Boon Chye ditahan polis hanya kerana cuba mempromosikan baju kuning....hah...hah...hah....imej buruk olis semakain teruk....
Saya tidak dapat membayangkan siapkah yang memberi kuasa menahan sipemakai baju kuning ketika ini melainkan semuanya tertuding jari ke arah Menteri.....kita yang tersohor sepupu PM kita...
Sehingga hari ini reputasi polis yang baru saja ingin mekar kembali menguncup akibat terpaksa mengikut arahan politik Menteri hebat ini....yang menerima labanya...jangka masa panjang polis bukanlah kerjaya pilihan ....anak beranak...bagi yang ada anak pun takkan beri nikah anak mereka kepada mereka yang melutut kepada arahan tanpa berfikir secara rasional....kah...kah...kah...
Akhirnya polis hanya akan berkawan dengan polis sahaja...pemisahan siosial ini akan memudaratkan struktur sosial masyarakat...fikirlah....Ditelam mati emak diluah mati bapak...ada arahan pejam-pejamkan mata...kalau semua dibuka mata mengapa tak diambil tindakan kesalahan yang lebih besar diluar sana...

Tuesday, July 5, 2011

Sikap Double Standard Pihak Berkuasa Kepada Pakatan Rakyat....

Salam sejahtera semua , kerajaan dalam situasi sebegini dan saat ketikanya Bersih ingin membuat perhimpunan aman , segenap agensi kerajaan yang menggunakan wang hasil titik peluh cukai rakyat Malaysia keseluruhannya menggunakan wang rakyat untuk memberikan gambaran buruk mengenai himpunan aman ini.Sedarkah kita semua bahawa kerajaan boleh didakwa menggunakan sewenang-wenangnya wang cukai rakyat atas nama propaganda murahan..Mengapa kerajaan tidak dapat di dakwa?
Ya kerajaan bijak menggunakan slogan dan propaganda meracuni pemikiran rakyat supaya menjadi dungu dan bodoh.
Perkasa , secara terang-terangan membuat kenyataan tidak dapat mengawal anak buah mereka bila mana mereka menghampiri perhimpunan bersih...Kenyataan sebegitu boleh kita keluarkan namun tiada tindakan di bawah akta hasutan...?
Bagaimana Perkasa boleh bercakap orang Cina jangan keluar pada hari perhimpunan...bukankah itu suatu ugutan...katanya 1Malaysia...sungguh perkauman...
Polis ...apa harapan kita kepada mereka? Polis akan berkata ...tiada laporan polis dibuat kononnya....tetapi rakyat tahu banyak mana laporan polis untuk Perkasa pun tiada tindakan....Bila itu terjadi polislah yang mendapat labanya....
Ingatlah berapa lama kamu akan hidup...suatu hari nanti kamu juga akan mati....
Rakyat bukan selamanya boleh diperbodoh oleh cerita propaganda media murahan...rakyat kini boleh berfikir dan memikirkan mana suatu hasutan ...mana suatu perhimpunan aman...Celiklah mata pemerintah...
Suatu hari nanti kita akan dihimpunkan nanti...bawalah masing-masing amalan kamu ...ketika itu tahulah kamu tiada siapa melindungi kamu melainkan amalan baik kamu....
Kita lihat bagaimana Patriot dibenarkan memberi ulasan..ulasan mereka berapi-api..itukah yang dilaungkan kerajaan 1Malaysia...slogan tinggal slogan...mengapa Bersih tidak boleh? Inilah gambaran ketakutan ketika nyawa di hujung halkum....

Monday, July 4, 2011

KDN Perlu Pantau Tidak Bias Pada Mana-mana Pihak...

Walaupun KDN , berketuakan Menteri Dato Hishamuddin , namun situasi sekarang ramai pihak yang akan mengambil kesempatan atas anjuran Bersih, maka perlulah segera memantau agar memastikan Bersih lancar dan sempurna.Rampasan t shirt kuning beserta lain-lain barangan oleh pihak polis boleh digunakan kepada penyamar-penyamar upahan untuk memprovokasi keadaan ketika perhimpunan. Penganjur Bersih perlu memastikan keselamatan cukup kuat agar penyamar tidak dapat menembusi dan berada di dalam perhimpunan dan berbuat sesuatu yang buruk atas nama Bersih. Mereka pasti menyusup ke dalam khalayak ramai dan mencetuskan huru-hara. Polis seperti mengetahui bahawa perhimpunan ini akan menjadi huru-hara dan akan mengakibatkan kehilangan nyawa...merujuk kenyataan Ketua Polis Negara.
Bagaimana pihak polis berkepastian akan menjadi huru hara dan kacau bilau melainkan mereka sendiri yang mengambil kesempatan atas anjuran perhimpunan ini.Campot tangan Duli Yang Mulia Agong amatlah dihargai agar perhimpunan yang baik ini dapat berjalan lancar.
Rakyat keseluruhannya tidak hairan andai pihak pemerintah ingin menganjurkan rapat umum dan sebagainya ...tetapi janganlah pula hak rakyat lain dinafikan.
Apabila melihat kepada undi popular di negara ini , kelihatan ianya amaty seimbang...maka UMNO dan BN tidak seharusnya mendabik dada , mereka punyai mandat yang banyak. Bersih perlu diberi ruang agar berjalan lancar...huru hara hanya berlaku apabila polis menyembur air asid dan juga provokasi SB ....

Saturday, July 2, 2011

Kerajaan Tak Perlu Halang Bersih 2, Hak Asasi Manusia....








Bersih mempunyai cita-cita murni nmembersihkan SPR daripada unsur-unsur penipuan dan keraguan. Bukankah Islam mementingkan keadilan? Nah mufti dan para daie semua perlu melihat kewajaran Bersih ini diteruskan..Apakah akan ada kekecohan jika rakyat dibenarkan berjalan santai menikmati keindahan Kuala Lumpur yang begitu hebat di mata dunia dengan membawa mesej agar SPR menjadi bersih..? Itulah cita-cita mulia yang kita semua tak perlu ketahui.
Lihatlah dengan hati naluri anda semua...Teringat saya khutbah oleh khatib muda yang menjelaskan antara perkara yang menjadikan hati kita bertambah hitam dan gelap ialah berkawan dengan orang yang Zalim...
Siapa orang yang zalaim? Mungkin kita tertanya-tanya siapa orang zalim? Orang yang zalim itu melupakan kita kepada Allah Taala. Jika kita berkawan dengan seseorang yang menyebabkan lupa kepada Allah ...maka itulah orang-orang yang zalim...
Bertaubatlah kita atas perkara-perkara dosa yang telah kita lakukan...Jangan lagi diulanagi perkara maksiat dan menyekutukan Allah...berapa lama sisa hidup yang tinggal...? Taubatlah ...dengan taubat nasuha...yang betul-betul ikhlas kepada Allah...
Perjuangan hari ini jika dibandingkan perjuangan Rasullullah...aduh sungguh jauh bagaikan langit dan bumi...Saudara-saudara cuba bayangkan ketika mana Rasullullah diusir dari Thoif ketika berdakwah di sana , dengan lemparan batu dan kata nista ...kita bandingkan kita cuma memberikan sokongan dengan kaedah yang sungguh mudah...berjalan santai...menikmati keindahan Allah...Kadangkala kita menjadi alpa dengan kecintaan kepada dunia..wanita...harta dan anak pinak...Marilah kita sama-sama muhasabah diri...Mengapa dengan dunia yang tak seberapa ini kita alpa dan lupa kepada perjuangan menuntut kebenaran? Itu disebabkan hati kita kotor dan tidak bersih , kecintaan kepada dunia melebihi kecintaan kita kepada hari Akhirat...
Ayuh...Bersihkanlah SPR...mudah-mudahan Kuala Lumpur akan bersih daripada kekotorannya....ianya ditulis untuk diri penulis sendiri...dan rakan-rakan perjuangan...
There was an error in this gadget