Monday, July 11, 2011

BERSIH 2 , Rakyat Akan Berdemo Aman Selagi Ada Hayat

Arwah Baharuddin meninggalkan kita dalam keadaan pengucapan yang baik berdoa dan bertakbir memuji kebesaran Allah , malanglah bagi sesiapa yang berbuat sesuatu yang tidak baik terhadap arwah diakhir pemergiannya kerana ada desus mengatakan post morterm hospital tidak dikeluarkan walaupun anak arwah adalah seorang doktor.
Ucapan tahniah juga diucapkan buat rakyat yang sukakan kebersihan dan bencinya penipuan SPR dapat meloloskan diri melalui pelbagai sekatan. Saya beserta beberapa sahabat juga terlepas dari Ipoh namun dicekup pada pagi Sabtu ekoran masalah teknikal sahabat. Amat malang buat kami ditahan di Pulapol. Bagi kami tiada apa disesalkan kerana inilah asam garam perjuangan , semua hadir tanpa disuruh dipaksa ataupun diberi sesen pun sepertimana perhimpunan UMNO dan yang seumpamanya yang seringkali dibayar untuk menghimpunkan rakyat. Semua yang ditahan tidak ada langsung membawa baju ataupun yang berkaitan Bersih namun polis terus merampas IC kami semua , maka apabila IC sudah diambil tiada apa lagi yang boleh dilakukan. Setelah diambil IC dan dibawa dengan black maria , yang ketika itu lebih kurang 28 orang terus ke Pulapol. Pengalaman pertama menaiki black maria. Semua didalam black maria adalah orang-orang yang bersih , warak , anak muda , ade juga seorang dua orang lama. Kebanyakannya berumur sekitar 25 keatas sehingga 45. Inilah yang akan menggetarkan kerajaan kerana ramai kalangan orang muda yang akan mewarisi kepimpinan negara adalah orang-orang yang bersih.
Perhimpunan aman perlu diberi permit oleh kerajaan jika betul mereka ini mengutamakan rakyat. Yang menjadi maslah kepimpinan negara sudah mabuk kuasa dan menganggap kuasa itu milik mereka. Hak rakyat berhimpun aman dinafikan. Kerajaan dan kabinet seharusnya memberi permit kepada Bersih untuk berhimpun di stadium tanpa berdolak-dalih .
Rakyat akan terus memberi sokongan tanpa berbelah bagi kepada golongan yang menuntut hak keadilan. Ayuh bertemu lain kali....

No comments:

There was an error in this gadget