Friday, July 22, 2011

Bourdon Sudah Sampai...DiTahan...Makan Nasi Minyak Ke?

Bourdon , penguam Perancis yang akan membentangkan hujah mengenai Scorpene , kapal selam yang dibeli oleh kerajaan telah ditahan ketika di KLIA menurut suatu sumber. Tidak diketahui kemana beliau akan pergi? Makan nasi minyak di Pulapoi ataupun Jinjai..tidaklah dapat dipastikan..
Penahanan ini ada kemungkinan berkaitan pendedahan yang akan beliau ceritakan mengenai pembelian Scorpene yang menjadi misteri buat sekian lama. Scorpene kini menjadi ingauan buruk buat pemerintah nasional. Skandal besar yang melibatkan bilion ringgit tidaklah sepopular kes Teoh Beng Hock yang disyaki rasuah kontrek membuat bendera sekitar 2 ribu ringgit...Kes Teoh Beng Hock menjadi liputan hebat media haprak..tetapi Scorpene dibeku sejukkan ke dalam peti sejuk...
Scorpene , walaupun skandalnya mencecah bilion ringgit namun kebijaksanaan pemerintah nasional menjadikan isu ini tertutup.Bicara terbuka menyebabkan anda akan dikenakan makan nasi free di penjara Pudui.

No comments:

There was an error in this gadget