Monday, July 4, 2011

KDN Perlu Pantau Tidak Bias Pada Mana-mana Pihak...

Walaupun KDN , berketuakan Menteri Dato Hishamuddin , namun situasi sekarang ramai pihak yang akan mengambil kesempatan atas anjuran Bersih, maka perlulah segera memantau agar memastikan Bersih lancar dan sempurna.Rampasan t shirt kuning beserta lain-lain barangan oleh pihak polis boleh digunakan kepada penyamar-penyamar upahan untuk memprovokasi keadaan ketika perhimpunan. Penganjur Bersih perlu memastikan keselamatan cukup kuat agar penyamar tidak dapat menembusi dan berada di dalam perhimpunan dan berbuat sesuatu yang buruk atas nama Bersih. Mereka pasti menyusup ke dalam khalayak ramai dan mencetuskan huru-hara. Polis seperti mengetahui bahawa perhimpunan ini akan menjadi huru-hara dan akan mengakibatkan kehilangan nyawa...merujuk kenyataan Ketua Polis Negara.
Bagaimana pihak polis berkepastian akan menjadi huru hara dan kacau bilau melainkan mereka sendiri yang mengambil kesempatan atas anjuran perhimpunan ini.Campot tangan Duli Yang Mulia Agong amatlah dihargai agar perhimpunan yang baik ini dapat berjalan lancar.
Rakyat keseluruhannya tidak hairan andai pihak pemerintah ingin menganjurkan rapat umum dan sebagainya ...tetapi janganlah pula hak rakyat lain dinafikan.
Apabila melihat kepada undi popular di negara ini , kelihatan ianya amaty seimbang...maka UMNO dan BN tidak seharusnya mendabik dada , mereka punyai mandat yang banyak. Bersih perlu diberi ruang agar berjalan lancar...huru hara hanya berlaku apabila polis menyembur air asid dan juga provokasi SB ....

No comments:

There was an error in this gadget