Tuesday, July 5, 2011

Sikap Double Standard Pihak Berkuasa Kepada Pakatan Rakyat....

Salam sejahtera semua , kerajaan dalam situasi sebegini dan saat ketikanya Bersih ingin membuat perhimpunan aman , segenap agensi kerajaan yang menggunakan wang hasil titik peluh cukai rakyat Malaysia keseluruhannya menggunakan wang rakyat untuk memberikan gambaran buruk mengenai himpunan aman ini.Sedarkah kita semua bahawa kerajaan boleh didakwa menggunakan sewenang-wenangnya wang cukai rakyat atas nama propaganda murahan..Mengapa kerajaan tidak dapat di dakwa?
Ya kerajaan bijak menggunakan slogan dan propaganda meracuni pemikiran rakyat supaya menjadi dungu dan bodoh.
Perkasa , secara terang-terangan membuat kenyataan tidak dapat mengawal anak buah mereka bila mana mereka menghampiri perhimpunan bersih...Kenyataan sebegitu boleh kita keluarkan namun tiada tindakan di bawah akta hasutan...?
Bagaimana Perkasa boleh bercakap orang Cina jangan keluar pada hari perhimpunan...bukankah itu suatu ugutan...katanya 1Malaysia...sungguh perkauman...
Polis ...apa harapan kita kepada mereka? Polis akan berkata ...tiada laporan polis dibuat kononnya....tetapi rakyat tahu banyak mana laporan polis untuk Perkasa pun tiada tindakan....Bila itu terjadi polislah yang mendapat labanya....
Ingatlah berapa lama kamu akan hidup...suatu hari nanti kamu juga akan mati....
Rakyat bukan selamanya boleh diperbodoh oleh cerita propaganda media murahan...rakyat kini boleh berfikir dan memikirkan mana suatu hasutan ...mana suatu perhimpunan aman...Celiklah mata pemerintah...
Suatu hari nanti kita akan dihimpunkan nanti...bawalah masing-masing amalan kamu ...ketika itu tahulah kamu tiada siapa melindungi kamu melainkan amalan baik kamu....
Kita lihat bagaimana Patriot dibenarkan memberi ulasan..ulasan mereka berapi-api..itukah yang dilaungkan kerajaan 1Malaysia...slogan tinggal slogan...mengapa Bersih tidak boleh? Inilah gambaran ketakutan ketika nyawa di hujung halkum....

No comments:

There was an error in this gadget