Saturday, August 27, 2011

Makhluk Allah , Taufan Irene InsyaAllah ke Amerika...

Taufan Irene dijangka menyerang Amerika , negeri yang berkemungkinan terlibat ialah New York , New Jersey , Carolina Utara. Apabila saatnya tiba pasti Allah akan menurunkan tenteraNya yang sentiasa patuh dengan arahanNya. Bermuhasabahlah kita semua akan perkara ini. Semua janji Allah di dalam kalamNya benar-benar belaka. Maka mana mungkin manusia yang amat lemah seperti kita tetap ego dan sombong di dunia ini dek hasutan syaitan dan iblis serta mengikut hawa nafsu. Amatlah rugi buat kita semua umat Islam yang telah diberikan Al Quran sebagai petunjuk jalan namun kita hanya melihat dengan tiada apa-apa tindakan.
Esok atau lusa kita juga bakal menghadapi sakaratulmaut yang apabila sampai tiadanya lewat ataupun terawal walaupun sedetik. Apalah amal kita tak seberapa yang dapat kita hidangkan kepada Allah nanti , hanya rahmat Allah sahajalah kita semua terselamat dari azab seksaNya.
Untuk semua muslimin muslimat mukminin mukminat Selamat Hari Raya Idil Fitri , maaf zahir batin...penuhilah kemenangan ini dengan bertasbih bertahmid memuji Allah, kunjung mengunjung dalam suasana lingkungan batas tatasusila Islam...

Friday, August 26, 2011

Giliran SPR Psiko Rakyat?

SPR berkemungkinan akan memikirkan semula kaedah celup dakwat kekal untuk pilihanraya ke 13 nanti. Anda semua boleh percaya ke? Semua ini adalah pusingan u turn yang amat ketara musuh-musuh Pakatan Rakyat. Kenyataan juga menyebut ada dua kemungkinan samada celup dakwat kekal atau biometrik ataupun menggunakan kedua-dua kaedah...Nah inilah kenyataan lidah tak bertulang.
Pada hemat saya yang telah mengamati sepak terajang politik tanahair (walaupun saya ini bukanlah ahli politi) ,SPR akan dan akhirnya mengeluarkan kenyataan yang sejurus sebelum pilihanraya, ya kemungkinan seminggu sebelum PRU13 ....bahawasanya mengikut keadaan sekarang dan bersumberkan risikan ATM juga polis demi keselamatan negara dari anasir-anasir luar yang ingin menceroboh negara , maka kaedah biometrik adalah paling sesuai , baik, tepat dan cepat...
Ketika itu tiada apa-apa tindakan yang boleh dibuat....terima sahajalah....ha...ha...ha....
Sebenarnya SPR perlu tegas andai betul-betul mahukan pilihanraya ini yelus dan bebas.Kaedah dakwat kekal adalah kaedah paling baik antara semua kaedah untuk meghalang pengundian berulang kali.
Masalah orang luar ataupun pendatang tanpa izin yang mengundi adalah soal kedua. Paling penting sekali pengundian sewajibnya sekali.
SPR , PM malah ATM dan Polis akan bekerjasama dalam menentukan survival Barisan Nasional. Mereka selesa dengan Barisan Nasional kerana sudah selesa dengan budaya....****** yang sudah membarah.Faham sahajalah kita semua.Sesiapa yang bertindak betul dan telus pasti akan menerima padah seperti mereka yang terdahulu..

Thursday, August 25, 2011

Mohon Bantuan Sementara Untuk Asnaf Muallaf...

Saya dengan rendah diri memohon bantuan saudara muslimin muslimat agar dapat kiranya memberi sedikit derma kepada sahabat asnaf muallaf yang baru memeluk Islam di Kedah , namun beliau berasal dari Seremban...ketika ini beliau runsing dan buntu mencari pekerjaan , bila diperolehi namun terpaksa mencuci benda-benda haram (restoren Cina Non Muslim) ..maka menganggurlah lagi beliau...putus saudara , bukan beliau yang memutuskannya...namun semua saudara dan ibubapa menukar nombor telefon...ada beliau memohon bantuan Baitulmal..namun mengecewakan masa ini...

Beliau bernama Muhammad Faris Haikal..@ Chong Tien Soong
No akaun BSN 1415141000016345

Beliau memang wujud dan benar belaka, diharapkan beliau mendapat sedikit bantuan sementara menunggu bantuan Baitulmal..mendengar ceritanya memang mengharukan kita yang telah Islam sejak lahir lagi...sempena Ramadhan yang akan berakhir dan munculnya Syamal berilah sedikit habuan yang kita perolehi kepada beliau agar lebih mencintai Islam...

Wednesday, August 17, 2011

Rombakan Jawatankuasa Pemilihan SPR...?

Baru-baru ini PM , Dato Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman untuk merombak jawatankuasa pemilihan SPR bagi menunjukkan keprihatinan beliau untuk membersihkan perjalanan pilihanraya yang didakwa kotor oleh pihak Pakatan Rakyat. Usaha Najib itu sepertimana tindakan beliau terdahulu dalam mana-mana situasi sering bertindak mengikut cara beliau yang sering berdolak dalih.Pengumuman Najib itu sekurang-kurangnya akan menutup isu kekotoran pengundi bertindan juga pendaftaran PATI oleh pihak Imigresen yang mempunyai kepentingan tertentu.Tidak semudah itu Najib akan melutut kepada tekanan Pakatan Rakyat yang mahukan ketelusan dalam sistem pilihanraya di negara ini.Siapa lupa tindakan dolak dalih Najib ketika Bersih mahukan stadium tempaohari.
Maka penegasan Najib berhubung jawatankuasa ini hanyalah helah politik PM terakhir...

Thursday, August 4, 2011

Be End Akan Cepatkan Pilihanraya 13....Senjata...Biometrik?

Apabila melihat keadaan politik tanahair terkini , memang nampak tipis buat Be End untuk menang ketika pilihanraya 13 nanti . Simulasi yang baru diadakan digemburkan Pakatan memenangi banyak kerusi dan kemungkinan merampas Negri Sembilan. Semua lakonan ini seolah-olah menunjukkan kemenangan akan berpihak kepada Pakatan.
Adakah semudah itu Pakatan akan menang?
Umum , kita semua akan melihat kerajinan dan ketekunan pihak Imegrisen , pihak Jabatan Pendaftaran Negara juga pihak SPR menjayakan misi besar mereka nanti. Pastinya memang ada negeri yang akan jatuh kepada Pakatan , namun kerajaan Persekutuan akan menjadi keutamaan mereka Be End untuk dikuasai.
Saya berpendapat Be End sentiasa bersedia untuk menyembelih rakyat dengan pelbagai kaedah termasuklah kaedah terbaru biometrik ini yang akan membohongi ketelusan pilihanraya itu nanti.
Siapa akan menjamin tidak berlaku pengundian berulang-ulang. Tiada siapa tahu..
Pakatan jangan harap nak menang Pusat selagi penggunaan dakwat kekal tidak dilakukan.Manipulasi ini akan menyebabkan banyak kerugian di pihak Pakatan. Kaedah dakwat kekal memang amat digeruni oleh pemerintah korup...

Wednesday, August 3, 2011

Bersih 3 Akan Muncul...

Kita tidak berasa hairan dan terkejut kerana melihat kelibat JPN dan SPR yang sering memperbodohkan rakyat mengenai hak mengundi. Kita bersungguh-sungguh menjaga keselamatan awam daripada anasir luar namun pihak JPN bekerja keras membocorkan keselamatan dengan memberikan hak mengundi kepada rakyat asing. Itulah projek yang dilakukan JPN siang dan malam tanpa rasa takut terhadap perbuatan yang mengkhianati amanah rakyat. SPR pula berdolak dalih dengan dakwat kekal atas alasan yang amat bodoh dan dangkal. Rakyat Malaysia bukanlah sebodoh yang disangkakan. Kita tahu selama ini kita ditipu hidup-hidup namun atas rasa sabar dan insaf kita merelakan. Hakikat sebenarnya Pakatan Rakyat telah lama menang tempohari ketika PRU 12. Memang mereka terkejut keran mereka mempunyai senjata sulit menipu rakyat denagn memberi hak mengundi kepada orang luar.
Rakyat akan menantikan kepada penganjur Bersih , kami semua rakyat akan turun habis-habisan menuntut agar dibersihkan senarai pemilih.Rakyat akan keluar ke jalanraya untuk menunjukkan protes kami semua.SPR dan JPN pengkhianat negara....

Tuesday, August 2, 2011

DAWAMA ....

Dewan Bahasa Pustaka mengalami keuntungan jutaan ringgit sebelum diswastakan , manakala selepas diswastakan mengalami kerugian jutaan ringgit pula. Ini perkara yang boleh berlaku di Malaysia yang mempunyai pakar-pakar menguntung dan memufliskan sesebuah syarikat. Kita berasa gusar dan risau nandai situasi sebegini banyak dilalui oleh syarikat kerajaan diswastakan mengalami kerugian. Padahal saban hari negara kita mengeluarkan ribuan profesional yang bijak handalo dalam bidang masing-masing.
Mungkinkah sesebuah syarikat menjadi begitu disebabkan kealpaan kita sendiri yang melantik seseorang yang buakan ahlinya. Bayangkan kalau kita mengimami seorang yang tidak tahu hukum ...lalu tiba-tiba siimam terkentut...bagaimana beliau mengatasi masalah tersebut...untuk yang tahu ok...yang tak tahu ...bayak perkara pelik akan timbul.
Kecewa kita rakyat Malaysia apabila banyak syarikat yang diswastakan mengalami kerugian yang tak sepatutnya berlaku...

National Geographic POD