Thursday, August 4, 2011

Be End Akan Cepatkan Pilihanraya 13....Senjata...Biometrik?

Apabila melihat keadaan politik tanahair terkini , memang nampak tipis buat Be End untuk menang ketika pilihanraya 13 nanti . Simulasi yang baru diadakan digemburkan Pakatan memenangi banyak kerusi dan kemungkinan merampas Negri Sembilan. Semua lakonan ini seolah-olah menunjukkan kemenangan akan berpihak kepada Pakatan.
Adakah semudah itu Pakatan akan menang?
Umum , kita semua akan melihat kerajinan dan ketekunan pihak Imegrisen , pihak Jabatan Pendaftaran Negara juga pihak SPR menjayakan misi besar mereka nanti. Pastinya memang ada negeri yang akan jatuh kepada Pakatan , namun kerajaan Persekutuan akan menjadi keutamaan mereka Be End untuk dikuasai.
Saya berpendapat Be End sentiasa bersedia untuk menyembelih rakyat dengan pelbagai kaedah termasuklah kaedah terbaru biometrik ini yang akan membohongi ketelusan pilihanraya itu nanti.
Siapa akan menjamin tidak berlaku pengundian berulang-ulang. Tiada siapa tahu..
Pakatan jangan harap nak menang Pusat selagi penggunaan dakwat kekal tidak dilakukan.Manipulasi ini akan menyebabkan banyak kerugian di pihak Pakatan. Kaedah dakwat kekal memang amat digeruni oleh pemerintah korup...

No comments:

There was an error in this gadget