Wednesday, August 3, 2011

Bersih 3 Akan Muncul...

Kita tidak berasa hairan dan terkejut kerana melihat kelibat JPN dan SPR yang sering memperbodohkan rakyat mengenai hak mengundi. Kita bersungguh-sungguh menjaga keselamatan awam daripada anasir luar namun pihak JPN bekerja keras membocorkan keselamatan dengan memberikan hak mengundi kepada rakyat asing. Itulah projek yang dilakukan JPN siang dan malam tanpa rasa takut terhadap perbuatan yang mengkhianati amanah rakyat. SPR pula berdolak dalih dengan dakwat kekal atas alasan yang amat bodoh dan dangkal. Rakyat Malaysia bukanlah sebodoh yang disangkakan. Kita tahu selama ini kita ditipu hidup-hidup namun atas rasa sabar dan insaf kita merelakan. Hakikat sebenarnya Pakatan Rakyat telah lama menang tempohari ketika PRU 12. Memang mereka terkejut keran mereka mempunyai senjata sulit menipu rakyat denagn memberi hak mengundi kepada orang luar.
Rakyat akan menantikan kepada penganjur Bersih , kami semua rakyat akan turun habis-habisan menuntut agar dibersihkan senarai pemilih.Rakyat akan keluar ke jalanraya untuk menunjukkan protes kami semua.SPR dan JPN pengkhianat negara....

No comments:

There was an error in this gadget