Friday, August 26, 2011

Giliran SPR Psiko Rakyat?

SPR berkemungkinan akan memikirkan semula kaedah celup dakwat kekal untuk pilihanraya ke 13 nanti. Anda semua boleh percaya ke? Semua ini adalah pusingan u turn yang amat ketara musuh-musuh Pakatan Rakyat. Kenyataan juga menyebut ada dua kemungkinan samada celup dakwat kekal atau biometrik ataupun menggunakan kedua-dua kaedah...Nah inilah kenyataan lidah tak bertulang.
Pada hemat saya yang telah mengamati sepak terajang politik tanahair (walaupun saya ini bukanlah ahli politi) ,SPR akan dan akhirnya mengeluarkan kenyataan yang sejurus sebelum pilihanraya, ya kemungkinan seminggu sebelum PRU13 ....bahawasanya mengikut keadaan sekarang dan bersumberkan risikan ATM juga polis demi keselamatan negara dari anasir-anasir luar yang ingin menceroboh negara , maka kaedah biometrik adalah paling sesuai , baik, tepat dan cepat...
Ketika itu tiada apa-apa tindakan yang boleh dibuat....terima sahajalah....ha...ha...ha....
Sebenarnya SPR perlu tegas andai betul-betul mahukan pilihanraya ini yelus dan bebas.Kaedah dakwat kekal adalah kaedah paling baik antara semua kaedah untuk meghalang pengundian berulang kali.
Masalah orang luar ataupun pendatang tanpa izin yang mengundi adalah soal kedua. Paling penting sekali pengundian sewajibnya sekali.
SPR , PM malah ATM dan Polis akan bekerjasama dalam menentukan survival Barisan Nasional. Mereka selesa dengan Barisan Nasional kerana sudah selesa dengan budaya....****** yang sudah membarah.Faham sahajalah kita semua.Sesiapa yang bertindak betul dan telus pasti akan menerima padah seperti mereka yang terdahulu..

No comments:

There was an error in this gadget