Tuesday, September 27, 2011

Hudud UMNO ....Hudud PAS...

Hudud , salah satu cabang hukum jenayah di dalam Islam sememangnya menjadi suatu visi dan misi buat seorang muslim mukmin untuk mengimpikan perlaksanaannya di negara ini khasnya dan dunia amnya. UMNo juga baru-baru ini berminat terhadap hudud yang mana suatu peraturan yang qa'ti tercatat di dalam Al Quran , Kitab Allah. Adakah UMNO betul-betul berminat atau sekadar ucapan politik? Kalau UMNO sebagai tunjang pemerintah berminat betul-betul untuk melaksanakan hudud maka sebaiknya berusahalah agar persekitaran dan suasana semasa memungkinkan perlaksanaan hudud itu? Keadilan yang benar-benar adil diperlukan agar semua yang terlibat agar tidak membiarkan sang kaya dan sang berkuasa lepas dari hudud ..namun sang miskin dan merana pasti dikenakan hudud. Soal perlaksanaannya mestilah diyakini , dipercayai oleh seluruh rakyat. Apabila kita melihat banyak kes yang dibawa ke mahkamah ( kes sivil ) acapkali kelihatan sang berkuasa ataupun sang datuk..sang tan sri boleh terlepas segala hukuman akibat kesilapan teknikal..kesilapan data..kesilapan yang pelbagai alasan yang melepaskan mereka dari beban hukuman. Tatkala itu andai hudud dilaksanakan dan ianya terjadi begitu maka kesannya adalah lebih buruk lagi tanggapan terhadap hudud itu..Hudud itu bersih dan suci dapat mengekang jenayah dari berleluasa namun manusialah perosak muka bumi ini...Saya 100% menyokong perlaksanaan hudud di negara tercinta ini....

No comments:

There was an error in this gadget