Saturday, September 17, 2011

Pakatan Masuk Perangkap Be End...

Isu demi isu timbul , isu Mat Indera diperpanjangkan oleh Utusan Meloya dan gerombolan demi kelangsungan mereka menutup isu PATI , isu pendatang tanpa izin serta kad pengenalan palsu. Menjangkakan pilihanraya hampir sangat amatlah mustahil bagi pihak Bersih dalam mengacarakan tuntutan yang telah diminta sejak sekian dahulu. Isu terbaru timbul dimana Najib menunjukkan diplomasi politik apabila tiba-tiba ISA dihapuskan. Semua ini adalah propaganda Najib untuk memulihkan imejnya yang tercalar akibat tindakannya ketika menghadapi Bersih 2. Prestasi Najib dan reaksi rakyat terhadap jalur gemilang ketika di ambang kemerdekaan menesakkan dada Najib dan ahli kabinet. Keputusan memansuhkan ISA diharapkan memungkinkan peratus swing rakyat kembali kepada Be End , itulah harapan Najib dan gerombolannya. Isu PATI dan SPR ini amat penting demi melihat proses demokrasi itu berjalan lancar. Isu dan peristiwa demi peristiwa yang direncana akan memberi kesan terhadap momentum Bersih yang kelihatan tenggelam akibat semua itu. Rakyat seolah-olah dibawa kembali ke zaman penjajah dan zaman Mat Indera berbanding realiti sekarang yang bila-bila masa sahaja pilihanraya akan berlaku. Pakatan Rakyat tidak boleh menganggap isu SPR , isu PATI dan isu Biometrik adalah isu remeh. Itulah isu paling utama yang wajar didahulukan. Ianya menjadi nadi ke arah kemenangan total Pakatan Rakyat. Najib dan gerombolan sedang berkempen seluruh negara melalui acara sambutan Harirayanya. Kita mengharapkan agar pihak Pakatan Rakyat agar merancang strategi yang berkesan dalam menghadapi pilihanraya yang akan berlaku bila-bila masa lagi. Kemungikan besar pilihanraya akan berlaku sejurus kepulangan jemaah haji selepas selesai menunaikan ibadah haji.

No comments:

There was an error in this gadget