Monday, December 12, 2011

PAS bakal gantikan UMNO...

Salam saudara-saudara sekelian , mohom kemaafan kerana lama tak muncul. Buat tatapan semua saudaraku , PAS memang sesuai di kala ini untuk menggantikan UMNO yang kelihatan tidak mahu membersihkan diri daripada kontroversi rasuah dan salah guna kuasa. Kes Lembu NFC adalah suatu isu besar yang UMNO lihat ianya kecil. Ratusan juta wang rakyat diguna secara tidak beretika dan ramai kalangan pimpinan UMNO masih ingin mempertahankan isu bodoh ini , maka layaklah UMNO ini dijadikan pembangkang selepas PRU13 nanti. Polis seperti biasa mempertahankan UMNO dan sebolehnya mereka memperbodoh dan memperlembukan rakyat dengan kenyataan-kenyataan tidak berasas. Cuba kita lihat MCA , dengan pemikiran lantang menyuarakan pandanagn agar Kak Ijat mengundur diri...inilah yang paling sesuai buat UMNO..namun episod cerita sebegini akan berulang kali berlaku jika UMNO memerintah negara. Mereka takkan serik-serik sebabnya dapat wang mudah...gaji mudah...dan sebagainya asalkan ada kontek...dan hubungan dengan pimpinan besar kerajaan. Atas isu lembu ini sahaja ramai rakyat tak percaya kepada institusi SPRM , Polis dan agensi berkaitan...Sindrom ketidakpercayaan kepada seluruh agensi ini sedang membiak ...apatahlagi dengan sindrom penafian yang dibuat oleh pimpinan UMNO...ianya menjadi barah buat UMNO...

National Geographic POD