Friday, January 20, 2012

Peguam Negara Failkan Rayuan Kes Anwar...

Seperti sudah dijangka sama kes kejatuhan negeri Perak sekali lagi negara berhadapan pula krisis kehakiman yang akan menurunkan indeks dikalangan semua negara. Inilah kebijaksanaan mereka didalam merencanakan kesibukan buat DSAI dan Pakatan Rakyat. Oleh sebab itu pembersihan data pemilih yang bersih akan terlepas pandang...segala-galanya akan tertumpu ke arah pembebasan DSAI. Inilah hebatnya politik Yahudi Laknatullah.....Data pemilih akan terus tercemar dan dakwat kekal bukan lagi jaminan maka , inilah pilihanraya paling kotor akan berlaku tak lama lagi....
Bersih 3 wajib disegerakan agar isyarat daripada seluruh warga mahukan pilihanraya bersih tiada undian berkali-kali, tiada pengundi hantu...namun semuanya adalah harapan...man mungkin sang pemerintah akan membiarkan dirinya jatuh terguling...biar hancur negara mereka ...tetap kan lakukan cara kotor untuk menang....Apabila indeks negara ketelusannya menurun ...pelabur pasti lari...seterusnya..rakyatlah yang akan terbeban dengan krisis ekonomi yang hebat....
Pemimpin akan cabut meninggalkan negara ...rakyat akan menanggung risiko ekonomi yang maha hebat...

Thursday, January 19, 2012

Kenyataan Nazri Memang Betul...Membahayakan...

Pembesar negara yang mengisytiharkan harta masing -masing seperti mana yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memang berbahaya kerana ramai kalangan mereka terlebih harta. Kenyataan Nazri memang agak tepat , pengisytiharan harta akan menyebabkan ramai pimpinan mereka kantoi....Bukan setakat menteri dan adun , bahkan pimpinan bahagian pun mempunyai harta yang banyak melebihi menteri...

Wednesday, January 11, 2012

Kisah Pecat Memecat...Teringat Donal Trump....You Are Fire!!

Soal pemecatan Hasan Ali oleh PAS Pusat bukanlah akibat keceluparan mengkritik Anwar...namun ia melibatkan atas dasar sesebuah organisasi. Andai Datuk Hassan mengalami situasi sebegini...seorang pekerja telah mempersoalkan cara Dato menguruskan kaedah motivasi yang dikendalikan dan pekerja itu mengeluarkan kenyataan di hadapan usahawan motivasi yang lain...apa tindakan Dato'.....sure punya ....you are fire...
ianya soal disiplin parti...cuma kemuncaknya ketika kes DSAI kemuncak pengumumam samada bersalah ataupun tidak? PAS adalah sebuah parti yang mempunyai disiplin yang cukup tinggi. PAS telah melalui pelbagai dugaan dan mehnah perjuangan tatkala Dato Asri Muda keluar PAS , Dato Nakhaie...dan ramai lagi yang tak tahan dugaan cabaran fitnah dunia yang melanda.
Itulah PAS , Harapan kita agar Ustaz Nasharuddin yang kelihatan bersama ketika sidang akhbar Hassan Ali  ,bermuhasabah kembali dan minta maaflah dengan kepimpinan ekoran mengeluarkan ucapan yang meragukan. Tarik balik kenyataan itu , semua orang kenal siapa yang membawa ustaz Nasharuddin tak lain almarhum Ustaz Fadhil..

Utusan Meloya Jangan Dibeli...Memang Meloya..

Utusan Meloya dan Berita Hairan sekarang lebih suka mensensasikan berita -berita fitnah daripada berita -berita benar. Mereka lebih suka kesilapan dan perkara kecil diperbesarkan.
Contoh 1: Kes muslimat yang menyanyi kegembiraan diwar-warkan ..padahal cerita wanita UMNo yang menunjukkan isyarat lucah ketika berkempen tak tunjuk pun...Inilah sikap Utusan Meloya...

Contoh 2: Kes liwat digemburkan DSAI bersalah...tetapi tiada mereka perincikan rentetan kejadian peristiwa tersebut. CCTV ketika DSAI bermesyuarat mengenai ekonomi tidak dibawa sebagai bukti oleh Polisi tetapi keraguan sahaja yang ditimbul...iaitu fitnah...inilah Utusan Fitnah....

Cukup 2 contoh , kalau diberi banyak yang malunya bangsa Melayu yang ramai korje di tempat ini...salahnya bos la...kakitangan tak salah...bos tu yang salah....

Kita lihat pula Pakatan Rakyat dan Be End perintah....lihat keburukan yang ada....

Contoh 1: Pakatan , Negeri Selangor ,berlaku kepincanmgan dalam pemberian ternder supply bendera kononnya nilai bawah 3 ribu ringgit sehingga menyebabkan kematian Beng Hock...
BE END PULA WANG 250 JUTA DITELAN OLEH PUAK-PUAK YANG BUKAN PENTERNAK LEMBU..SYARIKAT KELUARGA SHARIZAT ABDUL JALIL..BELI KONDO JUTA-JUTA...BELI KAD KEAHLIAN RIBU-RIBU...

Jadi jangan kome jadi mangkok hayun...Pakatan memerintah songlap 2 ribu pasal kontrek bendera , BE END PULAK SONGLAP JUTA-JUTA , RATUS JUTA WANG LEMBU......KAK...KAH...KAH...
Inialh yang dikatakan Hasan Ali , kita akan sokong yang lebih Islamik...kome nak pilih mane satu....JANGAN JADIK MANGKOK HAYUN......

cukup hari ni...aku pun korje sendiri..bukan tajaan sesiapa...jangan ingat aku mangkok hayun...aku pun profesional jugak...

Tuesday, January 10, 2012

PERKASA dan Ayahanda-ayahanda...Songkok Tinggi?

Mengenai PERKASA , ayahanda ataupun nama glemernye...tiga line memang ada kedengaran...Cuma pengalaman aku la...adik aku suatu ketika dulu membeli kereta namaun namanya masih belum ditukar..so adala kenal member tiga line...kononnya nak gertak penjual Cina tu supaya cepat tukor nama..kong kali kong ...last sekali dah lame tunggu abang aku sendiri jumpak Cina tu...settle terus...punyalah dengor name gahnye hebat tiga line...cuma yang aku ingat pernah bersalam kononnya geng tiga line..cuma yang aku ingat bau arak....lebih hebat macam gengster...tapi...KAH....KAH....KAH...TUKAR nama untuk kereta pun Tak Leh...

Politik Negara Perlu Dibersihkan...

Malaysia sepatutnya telah menjadi sebuah negara hebat dan maju namun akibat kebodohan dan kebebalan diri sendiri memperbodohkan diri sendiri. Contoh kisah Saifool diliwat , apabila dibawa ke hadapan dan pihak polis menyiasat maka semestinya mendapat kerjasama pihak Kementerian Kesihatan maka ianya mestilah ada bukti perlakuan liwat..fizikal maksudnya lubang duburnya ada kesan kemasukan batang ..namun disebabkan ketololan dan kebodohan..disebabkan sesuatu ganjaran..ataupun sebagainya Peguam Negara telah membenarkan dakwaan ini..Dakwaan ini sepatutnya gugur tetapi kerana ego ,dendam kesumat akhirnya palitan kebodohan itu mengena seluruh rakyat Malaysia.
Patutlah orang putih mendakwa orang lain bodoh...inilah buktinya kebodohan para profesional pendakwa-pendakwa..Bukan setakat menghabiskan masa untuk majukan negara...kes liwat ini pun dijadikan sandaran...
Saya menyarankan agar pemain-pemain politik di Malaysia ini , tunjukkanlah permainan yang hebat dengan memberikan kemajuan ekonomi, kemajuan sistem pentadbiran canggih dan cepat..ini tidak diatur pulak Sek 3 pula ...terbaru oleh trio Datu T...kita lihat latar belakang mereka pun sudah cukup untuk menggugurkan kes...
Yang lebih malang bila kes dibawa ke atas...seluruh dunia tahu...betapa bangangnya pihak pendakwa...pendakwa mana...Malysiiiii

Monday, January 9, 2012

Hasan Ali Dipecat, Anwar Bebas , Nasharuddin?

Hari ini tiga tokoh besar menentukan halatuju politik masing-masing dengan Anwar dibebaskan dari tuduhan liwat , Hasan Ali dipecat kerana sering bercanggah keputusan parti dan tidak endah nasihat parti manakala Nasharuddin pulak kelihatan menyokong Hasan Ali ...
Pemecatan Hasan Ali perlu dibuat kerana kenyataannya seolah-olah kenal benar dan menyetujui bentuk pertuduhan liwat ke atas Anwar walaupun banyak fakta meragukan , bukti fizikal yang longgar , masa kejadiaan yang dibuktikan Anwar bermesyuarat dengan pakar ekonomi ketika itu. Jelas Hasan Ali tetap mempertahankan pertuduhan liwat ini? Bagaimana Islam melihat pertuduhan liwat ini sebagai sesuatu yang meragukan apabila bukti fizikal jelas tidak benar? Saya menyokong pandangan dan keputusan PAS Pusat agar memecat Hasan Ali.
Bagaimana pula Nasharuddin yang kelihatan ketika sidang media Hasan Ali sebentar tadi? Kalau menurut pembelajaran urus tadbir syarikat..ataupun jamaah jika sudah nampak percanggahan maka wajar dipecat? Jika tidak ia akan membarah dan merebak...Inilah yang dikatakan perjuangan penuh liku dan berduri..sang pemimpin ketika diatas dipuja...seketika tiada jawatan maka...terasa benar dan lain...mungkin terlalu asing..mujur aku tiada jawatan mahupun apa-apa ...cuma ahli biasa ..dilihat tak luak..dipuja tak bangga..dilupai..tak heran...aku cuma ahli biasa....dugaan dan fitnah ...kadangkala datang dari diri sendiri...keluarga...sahabat...

Saturday, January 7, 2012

Anwar , Konsisten Perjuang Hak Rakyat...

Be End yang diterajui oleh UMNO sekarang pening kepala. Sokongan rakyat kepada DSAI tidak pernah padam...itulah berkat keikhlasan perjuangan DSAI dan rakan-rakan. Pihak polis terpaksa dalam keadaan terpaksa membenarkan perhimpunan ini kerana amarah rakyat yang tidak takut lagi kepada tirai besi. Rakyat yang dahagakan keadilan tetap berjuang...lawan tetap lawan..DSAI memang digeruni kerana kareisma beliau dapat menyatukan pakatan pembangkang dalam satu saf untuk merobohkan Be End yang penuh dengan kepalsuan dan retorik semata-mata. Rakan-rakan UMNO dalam Be End sewajarnya memikirkan bagaimana UMNO itu merosakkan sistem yang telah dibuat dengan sewenang-wenangnya. Lihat bagaimana demokrasi dirogol ketika rampasan Perak oleh Najib dan kuncu-kuncunya. Demorasi yang cantik telah dirogol apabila Sang Penguasa sedar kuasanya sudah hilang akibat sistem itu sendiri. Akhirnya sang Penguasa menggunakan kuasa veto dan segala perkakasnya membenarkan..baik pihak berkuasa agama dan pihak lain atas nama kepentingan Melayu... Anwar ...jika ke dalam mereka ( Be End )lebih cepat mati...kalau diluar Anwar juga mematikan mereka ( Be End )...serba salah....atas sebab tindakan bodoh mereka cipta kepalsuan..akhirnya memakan diri....

Wednesday, January 4, 2012

PRU13 Semakin Dekat...Anwar Pasti Dihalang...

Kemungkinan besar PRU13 berlangsung sekitar bulan Mac. Maka penahanan seketika DSAI jika ianya berlaku maka saya meramalkan BE End akan tumbang besar apatahlagi jika ramai pejuang kebebasan yang akan menyertai 901 ditangkap dan diperlakukan seperti penjenayah tegar. Be End akan menjadi parti pembangkan era pasca selepas PRU 13 nanti. Maka saya merasakan eloklah pihak berkuasa memutuskan Anwar bersalah maka mereka sebenarnya menggali lubang maut dengan lebih cepat. Percayalah , rata-rata seluruh rakyat Malaysia bukanlah budak kecil yang diberi gula-gula , kemudian ditakutkan dengan hantu pocong dan sebagainya. Penahanan DSAI nanti pada 901 akan menyemarakkan gelombang tsunami terbesar yang mana Pakatan akan menang besar kerana rakyat seluruhnya lebih mengenali pimpinan mereka. Omongan dan propaganda media nasional bukan lagi menjadi kiblat buat rakyat , ianya hanya sekadar tatapan semasa untuk berhibur. Percayalah andai Anwar dibebaskan maka ada lagi ruang dan peluang buat Be End untuk hidup sekadar ala kadar namun kalau DSAI dihumban ke lokap.....Be End akan kecundang PRU 13 nanti.....SAKSIKANLAH.....

National Geographic POD