Monday, January 9, 2012

Hasan Ali Dipecat, Anwar Bebas , Nasharuddin?

Hari ini tiga tokoh besar menentukan halatuju politik masing-masing dengan Anwar dibebaskan dari tuduhan liwat , Hasan Ali dipecat kerana sering bercanggah keputusan parti dan tidak endah nasihat parti manakala Nasharuddin pulak kelihatan menyokong Hasan Ali ...
Pemecatan Hasan Ali perlu dibuat kerana kenyataannya seolah-olah kenal benar dan menyetujui bentuk pertuduhan liwat ke atas Anwar walaupun banyak fakta meragukan , bukti fizikal yang longgar , masa kejadiaan yang dibuktikan Anwar bermesyuarat dengan pakar ekonomi ketika itu. Jelas Hasan Ali tetap mempertahankan pertuduhan liwat ini? Bagaimana Islam melihat pertuduhan liwat ini sebagai sesuatu yang meragukan apabila bukti fizikal jelas tidak benar? Saya menyokong pandangan dan keputusan PAS Pusat agar memecat Hasan Ali.
Bagaimana pula Nasharuddin yang kelihatan ketika sidang media Hasan Ali sebentar tadi? Kalau menurut pembelajaran urus tadbir syarikat..ataupun jamaah jika sudah nampak percanggahan maka wajar dipecat? Jika tidak ia akan membarah dan merebak...Inilah yang dikatakan perjuangan penuh liku dan berduri..sang pemimpin ketika diatas dipuja...seketika tiada jawatan maka...terasa benar dan lain...mungkin terlalu asing..mujur aku tiada jawatan mahupun apa-apa ...cuma ahli biasa ..dilihat tak luak..dipuja tak bangga..dilupai..tak heran...aku cuma ahli biasa....dugaan dan fitnah ...kadangkala datang dari diri sendiri...keluarga...sahabat...

No comments:

There was an error in this gadget