Tuesday, February 28, 2012

PENGHINAAN TERHADAP ISLAM , BERULANG LAGI...SO BOIKOT THE STAR


Surat khabar the Star yang menyiarkan gambar artis Barat yang menghina Islam perlu digantung sementara waktu di atas alasan menggugat keharmonian umat Islam. Pejuang Islam yang sebenar harus berganding bahu memboikot surat khabar tersebut agar mereka tidak lagi mengulangi kesilapan yang berulang kali , acapkali telah diperjelaskan. The Star seharusnya menerima hukuman penggantungan tersebut agar lebih memahami budaya dan cara hidup Islam. Umat Islam sering kali beralah dan bersabar dengan kerenah mereka , cuba lihat Soi Lek menghina hudud , apa UMNO boleh buat ? Sekurang-kurangnya berilah nasihat kerana umat Islam hanya ingin mengamalkan ajaran Islam. Kalau bukan Islam hendak meneguk arak , berjudi siang malam , mengamalkan seks bebas , itu semua agama mereka tidak melarang namun jangan pulak mereka pandai-pandai menghalang umat Islam hendak mengamalkan cara hidup Islam.
KITA BOIKOT THE STAR....BOIKOT THE STAR...BOIKOT THE STAR.....

Gangguan Samseng Ketika Ceramah Pakatan Rakyat...Polis Mesti Bertindak....

Polis sebagai kakitangan kerajaan memerintah yang dibayar gaji oleh rakyat maka perlulah sedar akan diri sendiri dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung. Polis mesti bertindak menahan anasir yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat yang telahpun mendapat permit sejak awal lagi. Rakyat semakin hari semakin jelak sikap yang ditunjukkan oleh pasukan keselamatan ini dalam menangani masalah gangguan oleh samseng-samseng .Terbaru Nurul Izzah hampir ditumbuk oleh samseng-samseng ini ketika ceramah tempohari maka polis yang berlepas tangan atau sengaja melepas tangan harus meletak jawatan kerana sebagai rakyat Malaysia setiap rakyat mempunyai hak masing-masing. Jika tidak mampu maka pihak polis jangan menuding jari mengatakan kami rakyat membuat fitnah dan tuduhan berat sebelah tetapi situasi ini kami telah lihat sekian lama. Jangan sampai nanti kami akan menggunakan kekerasan dan tindakan sendiri bagi menyelesaikan perkara tersebut. Polis pun jangan jadi manusia yang makan gaji buta..Kalau tak mampu mengawal secara baik ada baik kiranya letak jawatan dan berniaga sendiri. Mana tahu ada kabel besar boleh jadi jutawan segera....

Dr Badrul Amin Mesti Saman...Pihak Terbabit...

Dr Badrul Amin yang terkini menghadapi musibah fitnah oleh pihak-pihak tertentu perlu mengorak langkah lebih baik dan berkesan dengan memfailkan saman terhadap pihak tertentu untuk membersihkan diri daripada fitnah ini. Media massa pemerintah dengan angkuh dan besar diri menghidangkan berita palsu kononnya beliau ditangkap berdua-duaan dengan isteri orang...itu fitnah yang membahayakan ummat jika tidak diperbetulkan.
Pihak -pihak yang boleh disaman semestinya media , pengarah jabatan yang mengeluarkan kenyataan palsu.. pihak yang menggunakan kekerasan dan paksaan oleh suami perempuan tersebut...dan mengarahkan pihak tertentu menyiarkan permohonan maaf didalam akhbar perdana tersebut. Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan berleluasa yang akan mengakibatkan kerosakan teruk umat Islam nanti.Fitnah seumpama ini telah ada sejak zaman berzaman yang mengakibatkan runtuhnya sesebuah masyarakat jika tidak ada pengawalan melalui undang-undang Islam yang sebenarnya.

Saturday, February 25, 2012

Rakyat Dilembukan...sampai bila?

Kedengaran banyak isu-isu yang timbul , kerajaan Pusat kelihatannya tidak ambil peduli rasa perit rakyat , lelah rakyat mencari sesuap nasi , suatu kehidupan yang penuh mencabar siapa yang kuat bijak dialah yang selamat...itulah budaya materialistik yang dihidang oleh kerajaan memerintah dahulu , kini dan selamanya...Kuat dan bijak mencari peluang dan ruang..mana mungkin rakyat yang lurus bendul dapat dan bisa berjaya mendapat kontrek besar mnegdalikan urusan penternakan lembu-lembu seantario nasional...wah besar sekalanya ratusan juta projeknya...
Rakyat biasa bisa dapat projek pengurusan lembu harganya 250 juta dengan tanpa pengalaman menternak lembu , tapi buat siapa yang punya kontek dengan sang penguasa akan bisa mendapat segalanya...hari ini cerita lembu duduk di kondomonium sudak tidak lagi diherankan...makcik-makcik , pakcik-pakcik miskin masih tetap sama duduk di pondok kecil , buruk, tetapi buat sang kaya lembu pun boleh duduk di kondo....itulah politik Malaysia...perbodohkanlah lagi rakyat dengan cerita-cerita dongeng buat kali terakhir sebelum kamu semua akan dihumban ke lembah yang hina....
Kedengaran juga cerita peguam muda yang baru sahaja berjaya merampas takhta menurut "perlembagaan " mereka kini bakal menjadi bilionair muda apabila nanti lebuhraya pembangunan yang dibina untuk rakyat kononnya...hangus wang rakyat berbilion-bilion angkara sang penguasa tamak haloba ...rakyat harus sedar anak muda bukan menentang kerana mahukan wang , pulus cuma anak muda mahukan keadilan agar agar himpunan kek samarata dikecapi semua golongan tanpa ada yang terpingir. Anak muda rela berkorban kerana anak muda tahu di sana nanti ada habuan untuk mereka yang ikhlas dalam perjuangan. RedoNya lebih mereka cari daripada habuan dunia yang saliang berebut antara semua manusia...oelh itu rakyat janagan lupa undilah Pakatan Rakyat asal jangan BN....

Pakatan Rakyat atau BN ?


Beginilah perbezaan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS, PKR , DAP manakala BN , UMNO sekadar menjadi tunggangan MCA dan MIC. Ramai kalangan penyokong dan pemimpin UMNO lulusan agama ataupun ulamak tiada keupayaan untuk menerangkan soal agama Islam sebagai cara hidup kepada pemimpin MCA nombor wahid ini agar jangan cuba mencampuri soal agama Islam. Allah menegaskan dalam surah Al Kafirun...agama kamu agama kamu...agama aku agama aku.maka apa pulak Chua Soi Lek ini menghalalkan soal jabat tangan antara bukan muhrim ini...Chua yang lebih terkenal dengan adegannya yang melampau suatu ketika dulu...sedangkan langgan si anu *******  pun boleh apalah sangat bagi beliau soal berjabat tangan....

Friday, February 10, 2012

Hukumnye Ape Bila Menghadiri Upacara Keagamaan Hindu?

Apabila Najib acapkali turun menghadiri Thaipusam buat kali ketiga , tiada  ulamak pun sanggup menegur perbuatan syirik tersebut maka inilah tanda-tanda ulamak yang ada sekadar ulamak jahat...ataupun apabila ada seorang dua tegur maka tak payahlah aku tegur...Kita sebagai orang Islam perlulah muhasabah diri ...perkara jelas nampak haramnya maka tegurlah ...perkara tersebut boleh menjatuhkan kalimah syahadah dan sesiapa yang berkelakuan perlulah bertaubat dan mengucap semula dua kalimah syahadah...
Maka Najib perlulah bersama Rosmah bertubat nasuha , sungguh-sungguh menyesali perbuatan ini dan tidak mengulangi lain kali. Hidup ini singkat sahaja , apa yang kita akan bawa nanti di akhirat nanti sehinggakan perkara jelas benarnya haram kita tak tegur...ini bukan perkara khilafiah mengenai wirid tak wirid , talkin dan sebagainya....ini adalah bab akidah , perkara yang boleh menggugurkan akidah...Tuan Hj Hassan Ali pun tahu...

National Geographic POD