Tuesday, February 28, 2012

Dr Badrul Amin Mesti Saman...Pihak Terbabit...

Dr Badrul Amin yang terkini menghadapi musibah fitnah oleh pihak-pihak tertentu perlu mengorak langkah lebih baik dan berkesan dengan memfailkan saman terhadap pihak tertentu untuk membersihkan diri daripada fitnah ini. Media massa pemerintah dengan angkuh dan besar diri menghidangkan berita palsu kononnya beliau ditangkap berdua-duaan dengan isteri orang...itu fitnah yang membahayakan ummat jika tidak diperbetulkan.
Pihak -pihak yang boleh disaman semestinya media , pengarah jabatan yang mengeluarkan kenyataan palsu.. pihak yang menggunakan kekerasan dan paksaan oleh suami perempuan tersebut...dan mengarahkan pihak tertentu menyiarkan permohonan maaf didalam akhbar perdana tersebut. Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan berleluasa yang akan mengakibatkan kerosakan teruk umat Islam nanti.Fitnah seumpama ini telah ada sejak zaman berzaman yang mengakibatkan runtuhnya sesebuah masyarakat jika tidak ada pengawalan melalui undang-undang Islam yang sebenarnya.

No comments:

There was an error in this gadget