Tuesday, February 28, 2012

Gangguan Samseng Ketika Ceramah Pakatan Rakyat...Polis Mesti Bertindak....

Polis sebagai kakitangan kerajaan memerintah yang dibayar gaji oleh rakyat maka perlulah sedar akan diri sendiri dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung. Polis mesti bertindak menahan anasir yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat yang telahpun mendapat permit sejak awal lagi. Rakyat semakin hari semakin jelak sikap yang ditunjukkan oleh pasukan keselamatan ini dalam menangani masalah gangguan oleh samseng-samseng .Terbaru Nurul Izzah hampir ditumbuk oleh samseng-samseng ini ketika ceramah tempohari maka polis yang berlepas tangan atau sengaja melepas tangan harus meletak jawatan kerana sebagai rakyat Malaysia setiap rakyat mempunyai hak masing-masing. Jika tidak mampu maka pihak polis jangan menuding jari mengatakan kami rakyat membuat fitnah dan tuduhan berat sebelah tetapi situasi ini kami telah lihat sekian lama. Jangan sampai nanti kami akan menggunakan kekerasan dan tindakan sendiri bagi menyelesaikan perkara tersebut. Polis pun jangan jadi manusia yang makan gaji buta..Kalau tak mampu mengawal secara baik ada baik kiranya letak jawatan dan berniaga sendiri. Mana tahu ada kabel besar boleh jadi jutawan segera....

No comments:

National Geographic POD