Thursday, March 1, 2012

Kemelut KEDAH , PAS Pusat Kena Segera....Ambil Tindakan...

Pemerhatian saya terhadap kemelut Kedah hanyalah berasaskan akal logik dan pemerhatian dari luar.
Lengguk gaya Ustaz Azizan nampaknya memang sukar buat BN dan rakan-rakan hendak menumbangkan beliau ketika PRU 13 nanti. Ustaz Azizan boleh bergurau senda , bual sembang petang santai dengan Mahdzir serta tiada bangkangan yang padu daripada kem pembangkang buat masa ini.
Sehingga saat ini kelihatan Pahrolrazi yang lebih menyinga dan keras mengeluarkan pandangan dan komen terbuka ke atas Azizan , dan Ustaz Azizan sekadar menunggu masa dan saat untuk bertindak. Saya merasakan pimpinan Pusat perlu memberi perhatian ini secara serius kerana kita tidak mahu ada kalangan pimpinan kita yang kelabu mata dengan jawatan maka cuba untuk menyalahgunakan kuasa tersebut. Saya merasakan semua ini adalah yang berkaitan denagnprojek dan habuan..Wang rakyat adalah untuk rakyat , itu soal pokok . Parti dan negeri adalah dua benda berbeza maka gaya dan pengurusan Ustaz Azizan wajar dipuji.

No comments:

There was an error in this gadget