Wednesday, May 23, 2012

Debat PTPTN..

Debat pemuda UMNO yang diwakili oleh Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dengan Rafizi , Ketua Strategi PKR adalah contoh terbaik bagaimana politik itu diterjemah melalui hujah dan pandangan masing-masing. Inilah yang diimpikan seluruh warga rakyat Malaysia ketika era global ini. Debat ini telah menjadi trend untuk pemimpin negara-negara maju dalam mengutarakan visi dan misi masing-masing. Berpolitik secara matang ini memang digalakkan selain itu dapat mengeratkan perpaduan semua rakyat , walaupun mempunyai pendirian yang berbeza. Harapan seluruh rakyat Malaysia agar debat perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi realiti untuk mengemukakan hujah dan pandangan cara pimpinan untuk membawa Malaysia ke arah negara maju..

Saturday, May 19, 2012

Merujuk kenyatan di atas , Rahim Noor menuding jari kepada insan yang hidupnya sentiasa dalam keadaan ulangalik ke masjid dan surau , sibuk mengurus ceramah juga mentadbir kerajaan sebagai "bapa kafir" merupakan suatu tuduhan yang amat berat. Semua rakyat Malaysia sudah kenal siapa Rahim Noor , bekas KPN yang telah didapati bersalah dalam insiden mata lebam DSAI. Kadangkala tertawa dan lucu orang yang sebegini boleh menuduh Dato Nik Aziz seumpamanya itu. Cuba kita renung sekeliling kita , lihat berapa kerat pegawai polis yang mesra masjid? Lihat betul-betul, kelihatannya yang ada cuma telah lama expired dengan tugas. Ketika berkuasa merekalah tuan..ketika usia meniti ke lubang kubur..hidupnya bagaimana? Tetapi bukanlah semuanya begitu..harapan kita agar polis baru setelah Pakatan memerintah nanti membawa imej mesra mesjid dan surau.

Friday, May 18, 2012

Utusan Meloya Siar Cerita Lucah? Mana Ulamak Mufti? Harus Ke? Haram Ke? Tak Dapat Petunjuk Ke?



Utusan Meloya menunjukkan berita lucah pemimpin pembangkang kononnya membuat seks oral di dalam tandas. Tiada ulamak atau Mufti yang menyegerakan masalah ini untuk dibawa ke mesyuarat bulanan Mufti-mufti. Rakyat tertanya-tanya soal hukum perkara tersebut. Utusan yang dengan sengaja mengeluarkan berita yang mengaibkan dan menjijikkan itu , tiada pula fatwa dikeluarkan. Bolehlah kita beranggapan bahawa ramainya mufti-mufti ini hanya mengeluarkan fatwa berdasarkan keperluan tuannya? Apabila sesuatu keperluan itu memihak kepada Sang Penguasa maka fatwa cepat-cepat dikeluarkan..kalau tidak menguntungkan maka fatwa segera akan keluar tanpa menunggu masa yang lama.
Apakah begini ajaran Islam yang sebenarnya? Ataupun kita adalah umat yang telah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Berkatalah benar walaupun pahit tinggal slogan..Perhimpunan Bersih tempohari sikahabarkan haram oleh mereka...Wallahua'lam mudah-mudahan Mufti dan pembesar agama janganlah takut untuk memperkatakan yang hak..janganlah jadi syaitan-syaitan bisu yang lebih mementingkan perut daripada menegakkan kebenaran.

Mengapa Perlu Sokong Pakatan Rakyat?

Politik negara semakin hangat , berdebar untuk semua pihak menunggu Malaysia Baru yang diwar-warkan oleh DSAI. Semua tertunggu-tunggu saat pilihanraya dan seterusnya memberikan undi kepada Pakatan Rakyat.
Selalunya rakyat sering digulakan dengan perkara luar khayalan, contohnya Kaum Cina selalunya ditakutkan soal hudud , walhal hudud itu untuk orang Islam sahaja. Mereka tiada alasan takut perkara tersebut.
Orang Melayu ditakutkan kononnya Cina akan perintah negara ini? Kalau dikira kawasan parlimen bilangan wakil rakyat Melayu adalah dominan samada PAS ataupun UMNO, jadi Melayu juga yang menentukan dasar ke arah mana negara ini hendak pergi...Tulisan saya agak santai kerana tak mahu semua orang jadi pening..menulis untuk berkongsi pendapat...

Tuesday, May 15, 2012

Bersih 3..Kesannya Kepada Najib..



Tanggal 28 April 2012 , Bersih 3 telahpun berlangsung di Kuala Lumpur dimana berhimpunnya kira-kira 300000 orang muda , dewasa dan juga tua. Mereka datang dengan tangan kosong seolah-olah meraikan sesuatu pesta. Tiada tanda menunjukkan mereka yang datang dari seluruh pelusuk negeri membawa senjata ataupun makanan dan bekalan untuk tahan dua tiga hari untuk menumbangkan kerajaan. Adakah logik akal manusia normal mengiyakan pesta " duduk bantah" ini akan menggoncang kerajaan seterusnya kerajaan akan runtuh? Apabila melihat  fenomena ini kelihatan peserta perhimpunan tempohari tahu dan mengerti tafsiran undang-undang dan hanya inginkan "duduk bantah"  sekitar Dataran Merdeka sahaja. Mereka tahu jiak mereka melepasi had yang dibenarkan maka polis akan bertindak. Namun perancangan tersasar , berlaku provokasi dan segelintir peserta termakan taktik tersebut . Akibatnya polis tanpa ragu-ragu mendapat lampu hijau untuk  mengganas mengejar menendang  peserta Bersih 3.
Andaikata pimpinan Najib cerdik dan bijak , biarkan sahaja perhimpunan itu pasti khalayak rakyat tidak menyalahkan beliau dan segala budi yang dibuat pasti akan dikenang. Wang BR1M telahpun mempengaruhi bukan sedikit yang menerimanya namun atas apa alasan kita tak ketahui maka tindakan terhadap peserta Bersih 3 memberikan nilai moral Najib jatuh. Najib juga seharusnya tidak memberikan komen berlebihan terhadap isu Bersih 3 ini sehinggakan menyamakan seperti kejadian tempohari rakyat Mesir di Dataran Tahrir.
Amat lemah sekali kekentalan pertahanan benteng Malaysia jika boleh berlaku rampasan kuasa hanya dengan rakyat "duduk dan bantah" selama 2 jam.
Telahan Najib bahawa pesta "duduk bantah" akan berlangsung dua tiga hari sepertimana yang berlaku di Dataran Tahrir , Mesir merupakan mimpi-mimpi ngeri beliau tatkala kuasa nampaknya bergantung kepada jentera kerajaan dan juga pengundi-pengundi import samada Myanmar , India , Bangladesh ataupun Indonesia. Mungkin maklumat yang diterima Najib salah , maka tukang pelapor itu seharusnya dihukum kerana ingauan Bersih sampai ke seluruh dunia, bahkan lawatan Najib ke London disambut oleh gadis yang memberi bunga bewarna kuning. Sungguh kuat aura dan peristiwa Bersih 3 ini.

National Geographic POD