Tuesday, May 15, 2012

Bersih 3..Kesannya Kepada Najib..



Tanggal 28 April 2012 , Bersih 3 telahpun berlangsung di Kuala Lumpur dimana berhimpunnya kira-kira 300000 orang muda , dewasa dan juga tua. Mereka datang dengan tangan kosong seolah-olah meraikan sesuatu pesta. Tiada tanda menunjukkan mereka yang datang dari seluruh pelusuk negeri membawa senjata ataupun makanan dan bekalan untuk tahan dua tiga hari untuk menumbangkan kerajaan. Adakah logik akal manusia normal mengiyakan pesta " duduk bantah" ini akan menggoncang kerajaan seterusnya kerajaan akan runtuh? Apabila melihat  fenomena ini kelihatan peserta perhimpunan tempohari tahu dan mengerti tafsiran undang-undang dan hanya inginkan "duduk bantah"  sekitar Dataran Merdeka sahaja. Mereka tahu jiak mereka melepasi had yang dibenarkan maka polis akan bertindak. Namun perancangan tersasar , berlaku provokasi dan segelintir peserta termakan taktik tersebut . Akibatnya polis tanpa ragu-ragu mendapat lampu hijau untuk  mengganas mengejar menendang  peserta Bersih 3.
Andaikata pimpinan Najib cerdik dan bijak , biarkan sahaja perhimpunan itu pasti khalayak rakyat tidak menyalahkan beliau dan segala budi yang dibuat pasti akan dikenang. Wang BR1M telahpun mempengaruhi bukan sedikit yang menerimanya namun atas apa alasan kita tak ketahui maka tindakan terhadap peserta Bersih 3 memberikan nilai moral Najib jatuh. Najib juga seharusnya tidak memberikan komen berlebihan terhadap isu Bersih 3 ini sehinggakan menyamakan seperti kejadian tempohari rakyat Mesir di Dataran Tahrir.
Amat lemah sekali kekentalan pertahanan benteng Malaysia jika boleh berlaku rampasan kuasa hanya dengan rakyat "duduk dan bantah" selama 2 jam.
Telahan Najib bahawa pesta "duduk bantah" akan berlangsung dua tiga hari sepertimana yang berlaku di Dataran Tahrir , Mesir merupakan mimpi-mimpi ngeri beliau tatkala kuasa nampaknya bergantung kepada jentera kerajaan dan juga pengundi-pengundi import samada Myanmar , India , Bangladesh ataupun Indonesia. Mungkin maklumat yang diterima Najib salah , maka tukang pelapor itu seharusnya dihukum kerana ingauan Bersih sampai ke seluruh dunia, bahkan lawatan Najib ke London disambut oleh gadis yang memberi bunga bewarna kuning. Sungguh kuat aura dan peristiwa Bersih 3 ini.

No comments:

There was an error in this gadget