Friday, August 31, 2012

Sambutan Kemerdekaan Ke 55...Malaysia

Sambutan kemerdekaan kali ini menggambarkan sesuatu yang baru ..rakyat Malaysia tidak lagi mahu mengibarkan bendera Malaysia sebagai tanda protes terhadap cara sambutan hari kemerdekaan dilakukan. Pemerintah seringkali alpa dan lupa tatkala sambutan ini sepatutnya mewarnai seluruh pihak yang cintakan negara namun slogan dan cara sambutan ke arah lebih kempen politik untuk pemerintah. Itulah yang mengjengkekan rakyat sehinggakan kibaran bendera pada kereta dan premis perniagaan amat sedikit sekali.
Perasaan jengkel bukanlah disebabkan tidak ada sikap cintakan negara namun lebih ke arah protes cara bagaimana pihak pemerintah harus meraikan acara nasional ini. Memalukan bagi sebuah negara demokrasi di mata dunia. Kebiasaan malamnya akan ada siaran langsung di dataran merdeka , namun ianya tiada lagi akibat kemaraan dan amarah rakyat yang hendakkan berpakaian kuning sehinggakan Dataran Merdeka juga di tutup buat sekian kalinya. Ketakutan pihak pemerintah sehinggakan untuk mengetahui status rakyat yang berhimpun di Dataran Merdeka malam itu juga tidak ditonjolkan oleh media pemerintah...pihak pemerintah sedar rakyat sudah bangkit dari kepompong politik kotor dan jijik. Malapetaka ini akan diterjemah oleh rakyat pada PRU ke 13 nanti...parti pemerintah bakal menjadi pembangkang dan mereka yang mempunyai banyak masalah sudah pasti akan berkira-kira untuk cabut ke luar negeri atau meringkuk dalam penjara...

National Geographic POD