Tuesday, September 11, 2012

Kredibiliti Polis Dipersoalkan?

Polis , mereka ini adalah sahabat kita , ada juga saudara dekat dan ada juga yang jauh...itu realitinya. Polis seharusnya menjalankan tugas dengan penuh amanah dan telus serta bersih, maka barulah mereka akan di sanjung tinggi. Kelihatan sejak akhir -akhir ini pelbagai peristiwa yang berlaku seakan-akan pihak polis lebih menjalankan tugas memihak kepada yang menerajui kepimpinan. Rakyat selain daripada itu dianggap sebagai rakyat kelas ke berapa saya tak tahu?
Mengapa saya berkata begitu? Apabila laporan polis terhadap kejadian menghina pemimpin, contohnya ketika geng mamak penang menghantar memo kek berbentuk najis , tiada langsung tindakan baik pihak polis mahupun jabatan agama. Bukankah agama melarang kita persendakan makanan ? Tak tahulah apa pulak ulamak -ulamak yang menjaga perut dan pangkat menjawab?
Rakyat di zaman teknologi maklumat serba pantas tambahan pulak dengan adanya skybox ...maklumat kini tidak dapat ditapis mengikut acuan kita sendiri...Segala-galanya terdedah...maka pihak kerajaan mahu tidak mahu mesti berubah ke arah yang lebih telus , berani dan benar...
Kita lihat kejadian dimana cucu korporat besar di Thaiand telah di dakwa oleh polis walaupun sebelum itu terdapat segelintir polis cari makan yang cuba" kaw tim" namun ada seorang polis yang begitu berani memperbetulkan keadaan....
Pihak polis di Malaysia perlu merubah diri mereka agar menjadi lebih dihormati dan disanjung bukan menjadi alat politik pihak pemerintah semata-mata..
There was an error in this gadget