Monday, December 24, 2012

Kes Deepak, bagaimana SPRM hendak menanganinya?

Deepak , ushawan karpet yang cukup berjaya dikatakan mempunyai hubungan akrab dengan Najib dan Rosmah. Pendedahan Deepak baru-baru ini menggemparkan pelbagai pihak. UMNO sendiri pastinya akan menerima bahang kepanasan akibat isu-isu yang timbul tetapi tiada jawapannya. Umum semua orang tahu hubungan Deepak-Rosmah-Najib namun persoalan yang timbul , bagaimana SPRM yang menjaga hal-hal ketelusan dan integriti dapat menunjukkan imejnya yang sentiasa telus sinonim dengan moto jabatan. SPRM tidak boleh lagi menutup mata dan telinga mereka kerana segala pendedahan Deepak menyebabkan reputasi pentadbiran negara merudum bagai kaca terhempas. Orang-oarang seperti Deepak sememangnya opportunist, mereka ini ramai di kalangan pimpinan baik Pakatan mahupun BN. Namun buat masa ini ramainya mereka berlegar di kalangan pimpinan BN memandangkan pelbagai habuan dan kekayaan berlonggok di sana. SPRM tatkala ini memang pening dan susah hati akibat perlakuan pemain-pemain politik yang kotor dan licik .

No comments:

National Geographic POD