Monday, December 24, 2012

Tarikh Pilihanraya ?

Bila tarikh pilihanraya masih lagi menjadi tandatanya. Musim tengkujuh dan banjir yang selalunya hujung Disember akan memungkinkan pilihanraya tahun hadapan samada bulan Febuari ataupun March. Itulah tarikh palaing sesuai setelah pemberian segala bentuk wang BR1M kedua dan juga pelbagai wang bantuan persekolahan. Malaysialah satu-satunya negara yang sentiasa merahsiakan tarikah pilihanraya dan ianya hanya diumumkan apabila menjelang sebulan sebelum tarikh pilihanraya. Ianya strategi pihak pemerintah untuk memanipulasi setiap aktiviti agar memudahkan mereka dalam menghadapi persainagn politik. Namun rakyat era baru setelah PRU12 nampaknya lebih sedikit cerdik dan tahu hak-hak rakyat juga tanggungjawab pemerintah terhadap rakyat. Pemerintah yang berdepan dengan pelbagai isu dan persoalan yang tak dapat dijawap menimbulkan keraguan rakyat di dalam menentuakan siapa yang layak memerintah negara ini. Integriti adalah suatu perkara yang tidak boleh dipandang mudah oleh pemerintah. mana-mana pemerintah perlu telus , adil dan amanah di dalam menjalankan tugas mereka.

No comments:

There was an error in this gadget