Thursday, January 31, 2013

Ibu Bapa Diburu?

Pihak yang melibatkan budak sekolah , sekolah dan jabatan-jabatan kerajaan juga perlu dipantau agar tidak disalah gunakan lambang parti dalam mana keadaan sekalipun. Mereka perlu bebas politik.

Saturday, January 19, 2013

Soal Deepak Meletup Seluruh Negara , SPRM Mna pergi?

SPRM .....memang namanya gah sebagai badan yang bertanggungjawab mengenai soal rasuah di Malaysia. Tiada seorang rakyat Malaysia tidak tahu apa itu SPRM. Soal Deepak yang membuat pelbagai tuduhan terhadap Perdana Menteri wajar diambil tindakan sewajarnya. Sekurang-kurangnya siasatan mesti dilakukan , jangan dibiarkan nama Perdana Menteri yang mulia ini dicemari oleh pihak anasir yang hendak meruntuhkan kerajaan. SPRM dan Polis boleh bekerjasama gembleng tenaga untuk menyoal siasat Deepak secara lebih adil dan saksama. Membiarkan Deepak bercakap dan mengeluarkan kenyataan akan membusukkan lagi nama PM yang tercinta...atau memang ada agenda tersirat musuh politik yang memang suka cerita-cerita begini tersebar? Sepatutnya jika betul kerajaan Malaysia negara telus , ada integriti dan bermaruah tinggi , maka proses siasatan terhadap kenyataan Deepak itu harus dilakukan segera. Lebih baik kita mengaku salah dan silap daripada kita menyembunyikan kesalahan...itu lebih baik buat insan yang ingin menyucikan daripada dosa dan noda.

Beri Kerakyatan Sewenang wenangnya...Bukankah ini kerja pengkhianat negara?

Apabila kewarganegaraan diberi sewenang wenangnya , tanpa mengikut peraturan yang betul maka musnahlah harapan rakyat kepada pemerintah negara ini. Bagi anda yang sentiasa keluar masuk luar negara seperti Mesir ataupun arab Saudi apabila tamat tempoh visa pasti kita sentiasa diekori oleh pihak berkuasa. Begitulah tingginya tahap keselamatan yang dibuat oleh banyak negara.
Malaysia pula amat berbeza , kad pengenalan mudah boleh diberi asalkan mengundi bagi pihak-pihak tertentu. Inilah yang dikatan pengkhianat negara. Pimpinan sering melabel pihak tertentu sebagai agen asing , talibarut komunis, talibarut Soviet dan pelbagai macam nama lagi. Cuma kita terlupa mengambil cermin melihat rupa diri sendiri...Sesiapa yang terlibat dalam isu pemberian kad pengenalan secara haram ini sewajarnya mendapat ganjaran dan habuan yang setimpal dengan pekerjaan mereka ini. Mereka mengkhianati perlembagaan persekutuan dan mengkhianati seluruh rakyat Malaysia.....

Saturday, January 12, 2013

Salam Reformasi....HKR112 ...Berhati-hati Sahabatku Semua...

Amat mengejutkan ketika mendengar bahawa Stadium Merdeka memberi permit dan polis pula memberikan kerjasama yang baik terhadap HKR112 ini. Saya bukanlah memandang serong terhadap pasukan polis namun semua peserta haruslah berhati-hati ketika berada di KL nanti. Saya juga akan ke sana namun bukanlah ke himpunan tersebut kerana ada hal tertentu. Pastikan semua peserta melihat agar tidak berlaku provokasi oleh agen-agen yang menyamar sebagai peserta. Mana-mana peserta yang melakukan kekecohan hendaklah dikumpulkan dan ditahan oleh Unit Amal. Unit Amal kena sentiasa peka dan prihatin terhadap sesuatu keganjilan yang berlaku...
Bukan semudah itu kerajaan akan bertolak ansur terhadap rakyat...maka awas dab berhati-hatilah...di doakan agar semua berjalan aman dan lancar...

Friday, January 4, 2013

Jejak Wang Pampasan Buruh Paksa Jepun bernilai RM207 bilion...

Dato Seri Nizarbertemu wakil kedutaan Jepun dalam usaha menjejaki wang pampasan buruh paksa Jepun ketika perang dunia ke 2 dahulu , yang dianggarkan RM 207 bilion. Difahamkan terdapat sekitar 30,000 orang yang layak menerimanya. Setiap waris ataupun bekas buruh paksa Jepun dianggarkan mendapat sekitar 3 juta seorang......Wow....jutawan segera dengan bilangan 30,000 akan berkeliaran di Malaysia....

National Geographic POD