Saturday, January 19, 2013

Beri Kerakyatan Sewenang wenangnya...Bukankah ini kerja pengkhianat negara?

Apabila kewarganegaraan diberi sewenang wenangnya , tanpa mengikut peraturan yang betul maka musnahlah harapan rakyat kepada pemerintah negara ini. Bagi anda yang sentiasa keluar masuk luar negara seperti Mesir ataupun arab Saudi apabila tamat tempoh visa pasti kita sentiasa diekori oleh pihak berkuasa. Begitulah tingginya tahap keselamatan yang dibuat oleh banyak negara.
Malaysia pula amat berbeza , kad pengenalan mudah boleh diberi asalkan mengundi bagi pihak-pihak tertentu. Inilah yang dikatan pengkhianat negara. Pimpinan sering melabel pihak tertentu sebagai agen asing , talibarut komunis, talibarut Soviet dan pelbagai macam nama lagi. Cuma kita terlupa mengambil cermin melihat rupa diri sendiri...Sesiapa yang terlibat dalam isu pemberian kad pengenalan secara haram ini sewajarnya mendapat ganjaran dan habuan yang setimpal dengan pekerjaan mereka ini. Mereka mengkhianati perlembagaan persekutuan dan mengkhianati seluruh rakyat Malaysia.....

No comments:

There was an error in this gadget