Saturday, January 19, 2013

Soal Deepak Meletup Seluruh Negara , SPRM Mna pergi?

SPRM .....memang namanya gah sebagai badan yang bertanggungjawab mengenai soal rasuah di Malaysia. Tiada seorang rakyat Malaysia tidak tahu apa itu SPRM. Soal Deepak yang membuat pelbagai tuduhan terhadap Perdana Menteri wajar diambil tindakan sewajarnya. Sekurang-kurangnya siasatan mesti dilakukan , jangan dibiarkan nama Perdana Menteri yang mulia ini dicemari oleh pihak anasir yang hendak meruntuhkan kerajaan. SPRM dan Polis boleh bekerjasama gembleng tenaga untuk menyoal siasat Deepak secara lebih adil dan saksama. Membiarkan Deepak bercakap dan mengeluarkan kenyataan akan membusukkan lagi nama PM yang tercinta...atau memang ada agenda tersirat musuh politik yang memang suka cerita-cerita begini tersebar? Sepatutnya jika betul kerajaan Malaysia negara telus , ada integriti dan bermaruah tinggi , maka proses siasatan terhadap kenyataan Deepak itu harus dilakukan segera. Lebih baik kita mengaku salah dan silap daripada kita menyembunyikan kesalahan...itu lebih baik buat insan yang ingin menyucikan daripada dosa dan noda.

No comments:

National Geographic POD