Friday, March 15, 2013

Pencerobohan Lahad Datu? Percaturan? Sandiwara? Realiti?

Masih lagi membicarakan hal pencerobohan Lahad Datu yang diwar-warkan oleh seluruh media Malaysia. Setelah meneliti rentetan peristiwa "pencerobohan" Lahad Datu timbul persoalan demi persoalan yang wajar dijawab oleh pihak pemerintah demi memberikan maklumat tepat yang sepatutnya menjadi hak sebagai warganegara yang membayar cukai pendapatan untuk menampung segala kos-kos akibat pencerobohan Lahad Datu.

Persoalan 1:

Menurut sumber berita harakah 15-17 Mac 2013 mukasurat N11;

" Timbalan Dekan ( Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sabah Malaysia , Zaini Othman ; Agbimuddin Kiram merupakan pesara kakitangan kerajaan Negeri Sabah yang pernah memegang jawatan Penolong Pegawai Daerah Kudat. "

" Bagaimana dia ( Agbimuddin ) boleh menjadi kakitangan kerajaan jika bukan bertaraf warganegara Malaysia" persoal Zaini dalam wacana " Insiden Lahad Datu" anjuran Institut Kajian Etnik , UKM , 4 Mac lalu.

" Tambah beliau lagi ada kalangan penceroboh itu memiliki kad pengenalan Malaysia dan bertaraf pemastautin tetap"

Persoalan 2:

Menurut sumber berita Harian Metro mukasurat 16 ;

" Rata-rata penduduk mengaku terkejut apabila mendapat tahu lelaki itu ( Imam Rashid) adalah pengganas yang terbabit dalam kejadian 2 Mac itu. Dalam masyarakat Suluk di kampung itu Imam Rashid dikenali warak , juga dianggap orang penting dalam hal-hal urusan berkaitan keagamaan , kenduri kendara , juga menguruskan jenazah orang mati"

Menurut penduduk dikenali Utoh , 35 tahun , tak sangka dia itu pengganas kerana Imam Rashid sudah tinggal selama lebih 10 tahun"

Ketua kampung Simunul Ramlee mengesahkan Imam Rashid adalah imam di kalangan masyarakat Suluk di situ , tetapi beliau bukan imam lantikan oleh kerajaan.

Itulah salah seorang watak pengganas yang terlibat dalan "PENCEROBOHAN SABAH" tempoh hari...

PERSOALANNYA :

ADAKAH INI KITA NAMAKAN PENCEROBOHAN ANDAI KATA YANG MELAKUKAN ONAR DAN KEGANASAN ITU OLEH WARGANEGARA SENDIRI?

APAKAH LEBIH BAIK KITA GANTIKAN PENCEROBOHAN ITU DENGAN ISTILAH PEMBERONTAKAN?

CUBA KITA LIHAT DEFINISI PENCEROBOHAN DALAM KAMUS DEWAN...


Tuesday, March 12, 2013

Kisah misteri Lahad Datu....Bila Akan Terbongkar?

Peristiwa mata lebam Anwar tidak perlu menunggu masa yang lama untuk terbongkar , begitu juga kes Lingamtape terbongkar jua akhirnya.,.projek IC Sabah kini telahpun meletup-letup , banyak juga kes-kes yang terbongkar satu persatu apabila pemerintahan berubah ataupun ketua pegawai sesebuah organisasi berubah. Sebaiknya kes Lahad Datu jika ditangani oleh pihak yang berhak dan layak untuk mempertahankan negara dari ancaman luar maka tidaklah ianya menjadi sekronik begini. Pelbagai dakwaan daripada pelbagai pihak mengenai peristiwa ini dan juga bagaimana ianya boleh berlaku...
Apabila melihat adegan peristiwa pencerobohan Lahad Datu , kita berasa hairan dan ajaib , bagaimana pertahanan negara mudah dilolosi oleh sekitar kira-kira 200 penceroboh bersenjata walhal negara kita diawasi oleh pelbagai sistem canggih. Bukankah kita sering berbelanja besar untuk mengwujudkan sistem pertahanan canggih namun bajet itu nampaknya masih kurang apabila kes pencerobohan ini berlaku.
Kita juga sering hairan dan ajaib tatkala berlakunya sesuatu kejadian ini maka pihak pembangkang selalu dikenakan dengan pelbagai tuduhan. Rakyat sekarang lebih cerdik daripada dahulu namun diamnya rakyat bukan bererti membiarkan sahaja atau membenarkan apa sahaja pihak pemerintah omongkan.Sepatutnya awal lagi pemerintah telah merungkai permasalahan ini namun apabila ada perkara yang ingin ditutupi maka beginilah . Adakah kes pemberian IC sekitar tahun 90an memberi kesan yang terjadi hari ini?

Saturday, March 9, 2013

Watak-watak Penceroboh....

Penceroboh di Lahad Datu...jika anda ingin mengetahui serba sedikit mengenai beliau....
Maklumatnya di SINI

Anwar...Anwar...Anwar....

Apabila ekonomi jatuh , ketika matawang turun Anwarlah yang bersekongkol dengan IMF, apabila UMNO berpecah Anwarlah penghasut, ketika ekonomi Melayu jatuh Anwarlah puncanya, Anwarlah pelanggan pelacur, Anwarlah pelangan lelaki (peliwat) , Anwarlah agen Yahudi APCO, Anwarlah agen pengganas, Anwarlah agen Barat , Anwar agen Amerika, Anwar agen Iraq , Anwar agen Timur Tengah , Anwarlah dalang segala-gala tok dalang , dimana-mana ada rusuhan dan kekacauan Anwarlah puncanya....maka fikirlah sahabat semua...mana inyan mana kaca....mana yang benar mana yang palsu...
Moralnya, berpolitik tak salah guna idea bernas , berhujah dan tunjukkan prestasi...itulah politik demokrasi sebenar...

Wednesday, March 6, 2013

Lahad Datu...Adakah Proses Pembersihan Maka Berakhirlah Tagedi....?

Peristiwa Lahad Datu kini akan menjadi sejarah yang tidak akan dilupakan. Rentetan peristiwa yang sehingga kini belum selesai menimbulkan babak baru....MNLF dikhabarkan akan campur tangan...
Andai perkara ini berlaku....macamana...? di SINI




There was an error in this gadget