Tuesday, March 12, 2013

Kisah misteri Lahad Datu....Bila Akan Terbongkar?

Peristiwa mata lebam Anwar tidak perlu menunggu masa yang lama untuk terbongkar , begitu juga kes Lingamtape terbongkar jua akhirnya.,.projek IC Sabah kini telahpun meletup-letup , banyak juga kes-kes yang terbongkar satu persatu apabila pemerintahan berubah ataupun ketua pegawai sesebuah organisasi berubah. Sebaiknya kes Lahad Datu jika ditangani oleh pihak yang berhak dan layak untuk mempertahankan negara dari ancaman luar maka tidaklah ianya menjadi sekronik begini. Pelbagai dakwaan daripada pelbagai pihak mengenai peristiwa ini dan juga bagaimana ianya boleh berlaku...
Apabila melihat adegan peristiwa pencerobohan Lahad Datu , kita berasa hairan dan ajaib , bagaimana pertahanan negara mudah dilolosi oleh sekitar kira-kira 200 penceroboh bersenjata walhal negara kita diawasi oleh pelbagai sistem canggih. Bukankah kita sering berbelanja besar untuk mengwujudkan sistem pertahanan canggih namun bajet itu nampaknya masih kurang apabila kes pencerobohan ini berlaku.
Kita juga sering hairan dan ajaib tatkala berlakunya sesuatu kejadian ini maka pihak pembangkang selalu dikenakan dengan pelbagai tuduhan. Rakyat sekarang lebih cerdik daripada dahulu namun diamnya rakyat bukan bererti membiarkan sahaja atau membenarkan apa sahaja pihak pemerintah omongkan.Sepatutnya awal lagi pemerintah telah merungkai permasalahan ini namun apabila ada perkara yang ingin ditutupi maka beginilah . Adakah kes pemberian IC sekitar tahun 90an memberi kesan yang terjadi hari ini?

No comments:

National Geographic POD