Friday, March 15, 2013

Pencerobohan Lahad Datu? Percaturan? Sandiwara? Realiti?

Masih lagi membicarakan hal pencerobohan Lahad Datu yang diwar-warkan oleh seluruh media Malaysia. Setelah meneliti rentetan peristiwa "pencerobohan" Lahad Datu timbul persoalan demi persoalan yang wajar dijawab oleh pihak pemerintah demi memberikan maklumat tepat yang sepatutnya menjadi hak sebagai warganegara yang membayar cukai pendapatan untuk menampung segala kos-kos akibat pencerobohan Lahad Datu.

Persoalan 1:

Menurut sumber berita harakah 15-17 Mac 2013 mukasurat N11;

" Timbalan Dekan ( Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sabah Malaysia , Zaini Othman ; Agbimuddin Kiram merupakan pesara kakitangan kerajaan Negeri Sabah yang pernah memegang jawatan Penolong Pegawai Daerah Kudat. "

" Bagaimana dia ( Agbimuddin ) boleh menjadi kakitangan kerajaan jika bukan bertaraf warganegara Malaysia" persoal Zaini dalam wacana " Insiden Lahad Datu" anjuran Institut Kajian Etnik , UKM , 4 Mac lalu.

" Tambah beliau lagi ada kalangan penceroboh itu memiliki kad pengenalan Malaysia dan bertaraf pemastautin tetap"

Persoalan 2:

Menurut sumber berita Harian Metro mukasurat 16 ;

" Rata-rata penduduk mengaku terkejut apabila mendapat tahu lelaki itu ( Imam Rashid) adalah pengganas yang terbabit dalam kejadian 2 Mac itu. Dalam masyarakat Suluk di kampung itu Imam Rashid dikenali warak , juga dianggap orang penting dalam hal-hal urusan berkaitan keagamaan , kenduri kendara , juga menguruskan jenazah orang mati"

Menurut penduduk dikenali Utoh , 35 tahun , tak sangka dia itu pengganas kerana Imam Rashid sudah tinggal selama lebih 10 tahun"

Ketua kampung Simunul Ramlee mengesahkan Imam Rashid adalah imam di kalangan masyarakat Suluk di situ , tetapi beliau bukan imam lantikan oleh kerajaan.

Itulah salah seorang watak pengganas yang terlibat dalan "PENCEROBOHAN SABAH" tempoh hari...

PERSOALANNYA :

ADAKAH INI KITA NAMAKAN PENCEROBOHAN ANDAI KATA YANG MELAKUKAN ONAR DAN KEGANASAN ITU OLEH WARGANEGARA SENDIRI?

APAKAH LEBIH BAIK KITA GANTIKAN PENCEROBOHAN ITU DENGAN ISTILAH PEMBERONTAKAN?

CUBA KITA LIHAT DEFINISI PENCEROBOHAN DALAM KAMUS DEWAN...


No comments:

There was an error in this gadget