Wednesday, April 3, 2013

Parlimen Telah Dibubar....Berpolitik lah Secara Matang...Berhujah dan Sebagainya.....

Hari ini parlimen telah dibubarkan oleh PM , Dato Seri Najib Tun Razak...maka proses yang ditunggu oleh rakyat sekalian iaitu pilihanraya akan tiba. BN mahupun Pakatan akan saling berhujah dan memberi lontaran kebaikan dan kebajikan yang akan ditawarkan oleh parti masing-masing.
Sebenarnya buat pengundi seperti saya...baik pihak manapun yang menang tiadalah apa-apa ganjaran yang diterima kerana kemudahan dan kebajikan yang diterjemah banyak memberi manfaat kepada rakyat miskin dan susah....sesekali cuma kita berkehendakkan kerajaan yang terbina akan menjadi kerajaan telus, kurang kerugian dalam mana-mana pelaburan , membuat sesuatu projek jelas tiada kepentingan melainkan untuk kesejahteraan rakyat , mana-mana polisi yang dilaksanakan rakyat terbanyak mendapat manfaatnya , sifar rasuah baik di peringkat pimpinan politik mahupun di pihak pengurusan akar umbi , projek berskala besar semestinya dikaji dan diteliti sebelum diluluskan, jadilah pemimpin yang mesra rakyat , mudah dihubungi rakyat, pemimpin berakhlak baik, bukan pemimpin yang menyimpan sekalian ahli gangster sebagai rakan , pemimpin yang baik budi pekerti...banyak lagi yang belum ditulis....

No comments:

There was an error in this gadget