Wednesday, May 8, 2013

Zaman Sudah Berubah.....

Apapun PRU13 telahpun memberikan keputusan yang sepastinya tidak memuaskan pelbagai pihak. SPR sebagai pihak yang mengurus wajiblah mengkaji kelemahan yang berlaku pada waktu pengundian PRU13 itu. Persoalan penting yang sering dibicarakan rakyat keseluruhannya:

1.DAKWAT KEKAL HANYA BERTAHAN PALING LAMA 1 HARI / 24 JAM

Perkara ini adalah perkara besar kerana SPR mendakwa membeli dakwat kekal itu dengan nilai jutaan ringgit, namun ianya tidak benar. Banyak laporan polis yang telah dibuat oleh orang awam terhadap isu ini. Bukankah Pengerusi SPR beriya-iya membuat kenyataan bahawa dakwat ini kekal untuk 7 hari, rupa-rupanya hanya bertahan 24 jam. SPR perlu memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan demi prinsipnya berhemah, integrasi dan telus.
Rakyat menyedari dan melihat fenomena ini sebagai suatu penyelewengan wang rakyat. Isu ini tidak boleh dipandang ringan oleh SPR, untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi yang ada.
Jika ianya dibiarkan lebih baik tak perlu lagi kita membazir masa membuat pilihanraya. Perintahlah negara seumur hidup, selagi mana ada hayat.

Tuesday, May 7, 2013

Pengundi Cina Perkauman?

Kenyataan menyatakan pola pengundian pada PRU13 ini berasaskan perkauman adalah tidak tepat. Pada keseluruhannya rakyat  tak kira Melayu , Cina dan India telah menunjukkan sokongan kepada parti yang lebih bersikap terbuka yang berpolitik secara matang dan hujah.
Parlimen Raub menyaksikan perlawanan antara seorang Cina Hok Khai Mun (BN) melawan Mohd Arif Sabri (DAP)..Hok mendapat 20601 undi manakala Arif mendapat 23415 undi. Mohd Arif Sabri (DAP) telah memenangi kerusi Parlimen Raub dengan majoriti 2814.
Berasaskan pengundian tersebut kaum Cina tidak menolak Arif walaupun beliau seorang Melayu.
Adakah kaum Melayu di Raub menyokong Arif? Itu suatu persoalan yang agak menarik. Raub adalah kawasan dikira luar bandar , maka pastinya sokongan Melayu amat kurang terhadap Arif apatah lagi beliau seorang ahli DAP. Maka yang memenangkan beliau adalah banyaknya undi kaum Cina. Maka tertolaklah isu mengatakan bahawa undi kali ini berasaskan perkauman.
Politik perkauman tidak perlu lagi dijadikan hujah kekalahan.
Kekalahan sebenarnya datang akibat berleluasanya budaya politik fitnah, politik seks melalui media nasional yang berat yang amat sangat. Ditakdirkan media nasional itu adil dan saksama belum tentu tsunami politik menyeluruh ini akan berlaku. BN , andai mahu memerintah lagi masa kan datang maka berlakulah adil dalam media nasional, tolak budaya fitnah dan seks , berpolitik secara matang dan hujah, tiada lagi perkasa ataupun gansterisme ,tolak semua budaya itu...maka kailan BN mungkin boleh hidup lagi.
Tetapi masalahnya kalian BN tetap tak sedar diri. Wang rakyat tetap wang rakyat, wang cukai rakyat tetap wang cukai rakyat. Janganlah kita gunakan sewenang-wenangnya .
Apabila pemerintah tidak mengambil iktibar dan pengajaran maka suatu masa nanti saksikanlah kejatuhan walaupun pelbagai kaedah penipuan dibuat .....KEBENARAN PASTI MENANG...

PENGORBANAN SALAHUDDIN AYUB BERBALOI....

Salahuddin Ayub, pemimpin kanan PAS yang dikenali seluruh Malaysia , InsyaAllah menang jika diletakkan  kawasan parlimen  di Negeri Kelantan , namun keberanian dan kesungguhan beliau untuk menjual produk di negeri sendiri Johor, membuahkan hasil yang amat memberangsangkan walaupun tewas...
Tewas tipis sekitar 3226 untuk kawasan parlimen , tewas juga kawasan DUN sekitar 2201...percubaan kali pertama merupakan suatu kemenangan bagi pihak PAS untuk memberi khidmat di negeri Johor  , yang terkenal sebagai kubu kuat UMNO.
Syabas buat Salahuddin yang berazam akan kekal berkhidmat di sana...maga dapatlah beliau merencana rancanagn untuk memberikan khidmat terbaik walaupun tewas. Adanya perancanagn tahunnan, bulanan malah mingguan akan mendekatkan beliau dengan rakyat dan ianya akan memberi impak yang besar pada masa akan datang.
Rancangan bulanan misalnya , menziarahi rakyat yang memerlukan bantuan , mendampingi belia dengan program (samada program berbasikal, konvoi bermotor , sukaneka)...bersama masyarakat ( kenduri kendara , masalah -masalah perumahan )...
Kesemua program ini perlu diatur sebaik mungkin untuk memberi mesej bahawa Pakatan Raklyat bukan hadir semata-mata mahukan undi sahaja , tetapi betul-betul berkhidmat untuk rakyat...

Sunday, May 5, 2013

PRU 13 .....keputusan penting......

Sehingga kini TV1 , TV2 , TV3 dan seumpamanya masih tidak dapat menyiarkan berita tepat keputusan PRU 13. Inilah penyebab utama kekalahan parti pemerintah yang terlalu mengawal pemberitaan yang sepatutnya keluar. Rakyat lebih suka melihat keputusan daripada malaysiakini , harakahdaily dan sebagainya.
Sehingga waktu ini diberitakan kemenangan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, Nurul Izzah mengekalkan kemenangan, Mujahid Yusof Rawa menang di Parit Buntar, Zul Nordin mulut besar kaklah kepada Khalid Samad.

National Geographic POD