Tuesday, May 7, 2013

PENGORBANAN SALAHUDDIN AYUB BERBALOI....

Salahuddin Ayub, pemimpin kanan PAS yang dikenali seluruh Malaysia , InsyaAllah menang jika diletakkan  kawasan parlimen  di Negeri Kelantan , namun keberanian dan kesungguhan beliau untuk menjual produk di negeri sendiri Johor, membuahkan hasil yang amat memberangsangkan walaupun tewas...
Tewas tipis sekitar 3226 untuk kawasan parlimen , tewas juga kawasan DUN sekitar 2201...percubaan kali pertama merupakan suatu kemenangan bagi pihak PAS untuk memberi khidmat di negeri Johor  , yang terkenal sebagai kubu kuat UMNO.
Syabas buat Salahuddin yang berazam akan kekal berkhidmat di sana...maga dapatlah beliau merencana rancanagn untuk memberikan khidmat terbaik walaupun tewas. Adanya perancanagn tahunnan, bulanan malah mingguan akan mendekatkan beliau dengan rakyat dan ianya akan memberi impak yang besar pada masa akan datang.
Rancangan bulanan misalnya , menziarahi rakyat yang memerlukan bantuan , mendampingi belia dengan program (samada program berbasikal, konvoi bermotor , sukaneka)...bersama masyarakat ( kenduri kendara , masalah -masalah perumahan )...
Kesemua program ini perlu diatur sebaik mungkin untuk memberi mesej bahawa Pakatan Raklyat bukan hadir semata-mata mahukan undi sahaja , tetapi betul-betul berkhidmat untuk rakyat...

No comments:

National Geographic POD