Tuesday, May 7, 2013

Pengundi Cina Perkauman?

Kenyataan menyatakan pola pengundian pada PRU13 ini berasaskan perkauman adalah tidak tepat. Pada keseluruhannya rakyat  tak kira Melayu , Cina dan India telah menunjukkan sokongan kepada parti yang lebih bersikap terbuka yang berpolitik secara matang dan hujah.
Parlimen Raub menyaksikan perlawanan antara seorang Cina Hok Khai Mun (BN) melawan Mohd Arif Sabri (DAP)..Hok mendapat 20601 undi manakala Arif mendapat 23415 undi. Mohd Arif Sabri (DAP) telah memenangi kerusi Parlimen Raub dengan majoriti 2814.
Berasaskan pengundian tersebut kaum Cina tidak menolak Arif walaupun beliau seorang Melayu.
Adakah kaum Melayu di Raub menyokong Arif? Itu suatu persoalan yang agak menarik. Raub adalah kawasan dikira luar bandar , maka pastinya sokongan Melayu amat kurang terhadap Arif apatah lagi beliau seorang ahli DAP. Maka yang memenangkan beliau adalah banyaknya undi kaum Cina. Maka tertolaklah isu mengatakan bahawa undi kali ini berasaskan perkauman.
Politik perkauman tidak perlu lagi dijadikan hujah kekalahan.
Kekalahan sebenarnya datang akibat berleluasanya budaya politik fitnah, politik seks melalui media nasional yang berat yang amat sangat. Ditakdirkan media nasional itu adil dan saksama belum tentu tsunami politik menyeluruh ini akan berlaku. BN , andai mahu memerintah lagi masa kan datang maka berlakulah adil dalam media nasional, tolak budaya fitnah dan seks , berpolitik secara matang dan hujah, tiada lagi perkasa ataupun gansterisme ,tolak semua budaya itu...maka kailan BN mungkin boleh hidup lagi.
Tetapi masalahnya kalian BN tetap tak sedar diri. Wang rakyat tetap wang rakyat, wang cukai rakyat tetap wang cukai rakyat. Janganlah kita gunakan sewenang-wenangnya .
Apabila pemerintah tidak mengambil iktibar dan pengajaran maka suatu masa nanti saksikanlah kejatuhan walaupun pelbagai kaedah penipuan dibuat .....KEBENARAN PASTI MENANG...

No comments:

National Geographic POD