Wednesday, May 8, 2013

Zaman Sudah Berubah.....

Apapun PRU13 telahpun memberikan keputusan yang sepastinya tidak memuaskan pelbagai pihak. SPR sebagai pihak yang mengurus wajiblah mengkaji kelemahan yang berlaku pada waktu pengundian PRU13 itu. Persoalan penting yang sering dibicarakan rakyat keseluruhannya:

1.DAKWAT KEKAL HANYA BERTAHAN PALING LAMA 1 HARI / 24 JAM

Perkara ini adalah perkara besar kerana SPR mendakwa membeli dakwat kekal itu dengan nilai jutaan ringgit, namun ianya tidak benar. Banyak laporan polis yang telah dibuat oleh orang awam terhadap isu ini. Bukankah Pengerusi SPR beriya-iya membuat kenyataan bahawa dakwat ini kekal untuk 7 hari, rupa-rupanya hanya bertahan 24 jam. SPR perlu memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan demi prinsipnya berhemah, integrasi dan telus.
Rakyat menyedari dan melihat fenomena ini sebagai suatu penyelewengan wang rakyat. Isu ini tidak boleh dipandang ringan oleh SPR, untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi yang ada.
Jika ianya dibiarkan lebih baik tak perlu lagi kita membazir masa membuat pilihanraya. Perintahlah negara seumur hidup, selagi mana ada hayat.

No comments:

There was an error in this gadget