Monday, June 3, 2013

Siri Tangkapan Demi Tangkapan oleh Polis.....

Apabila kerajaan memulakan konfrontasi dengan rakyat, menyekat hak rakyat untuk menyuarakan pandangan, hak rakyat untuk berhimpun, hak rakyat ingin menuntut demokrasi yang dilaungkan oleh kerajaan buat sekian lama, maka pertembungan ini nampak secara kasarnya menguntungkan kerajaan, namun hakikat sebaliknya gelombang penolakan terhadap kerajaan semakin membesar dan menggunung.
Oleh demikian Ketua Polis Negara , Dato Khalid dan juga menteri KDN , Dato Zahid Hamidi perlu memikirkan cara bagaimana untuk mengambil semula hati rakyat ...bukan menangkap rakyat sewenang-wenangnya seperti yang berlaku sekarang.....
Zaman kini adalah zaman satu klik , semua maklumat di hujung jari , maka bertindaklah mengikut otak yang waras...jangan menurut hawa nafsu amarah...kelak membakar ....

No comments:

National Geographic POD